15 January 2014

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-2 2014


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

MINGGU:  2                                                       
TARIKH:  5 – 9 JANUARI 2014
HARI:  AHAD – KHAMIS
GURU BERTUGAS:  CIKGU HASAN B KASMURI

1.  PINTU MASUK SEKOLAH
  • Kedua-dua pintu masuk sekolah di buka seawal pukul 6.20 pagi.
  • Guru bertugas bersama kaunselor berada di pintu masuk menyambut kehadiran murid-murid bagi mengamalkan budaya ‘sekolah penyayang’.
  •  Ramai murid-murid yang masuk ke sekolah memberi ucapan dan bersalaman dengan guru.
  •  Murid-murid yang bermotosikal memberhentikan motosikal di luar pintu masuk dan menolaknya masuk ke kawasan sekolah.

2.  TEMPAT LETAK BASIKAL / MOTOSIKAL MURID
  • Murid-murid menolak motosikal masuk ke kawasan sekolah.
  • Murid-murid meletakkan motosikal dan basikal di tempat yang telah dikhaskan.
  • Motosikal disusun berbaris kemas. 
  • Terdapat beberapa motosikal yang handlenya tidak berkunci. Satu pengabaian amalan keselamatan harta benda.

3.  BILIK GURU
  • Keadaan bilik guru kurang kemas dan kurang ceria. Perlu di kemaskan dan diceriakan.
  • Adalah dicadangkan agar guru-guru mengambil masa satu hari untuk mengemaskan dan menceriakan bilik guru secara total.

4.   PERSEKITARAN SEKOLAH
  • Ada usaha untuk menambah tempat duduk di kawasan di antara Blok B dan Blok C oleh murid-murid Tingkatan 4 Landskap. Terima kasih.
  • Air pancur menggunakan tenaga solar di taman taman projek Caltex berfungsi dengan baik.
  •  Pokok-pokok naungan di sekeliling gelanggang bola tampar perlu dipangkas agar ia tidak tumbuh meninggi.
  • Oleh kerana ia dibina tinggi ditambah pula pengguna perlu membuka kasut untuk ke atasnya, pondok rehat di sebelah gelanggang bola tempar tidak popular untuk digunakan. Adalah dicadangkan, jika berhasrat untuk membina pondok ia harus dibina sama paras dengan bumi.
  •  Warna tiang jaring bola tampar di kawasan Dataran Ilmu sudah lusuh, kurang kelihatan dari jauh dan ini membahayakan pengguna kenderaan. Adalah dicadangkan agar iang-tiang itu dicat dengan warna putih.
  • Kawasan sekolah bersih. Terima kasih.
  • Suasana sekolah tenang dan aman. Terima kasih.

5.  KANTIN 
  • Keadaan sesak di kantin pada 10 minit pertama waktu rehat menengah rendah.  
  • Tidak ramai guru yang makan dan minum di kantin. 
  • Serve makanan seperti nasi lemak, mee goreng, meehoon goreng dan lain-lain kepada murid di dalam bekas polisterin yang dipotong dua, tidak dalam pinggan/piring seperti mana pada kebiasaannya. 
  • Tong sampah diletakkan berhampiran meja makan murid-murid. 
  • Skirting meja makan sudah lusuh dan kotor seolah-olah tidak pernah dicuci. 
  • Kurang ada usaha-usaha untuk menceriakan kawasan kantin.

6.  DISIPLIN MURID
  • Disiplin murid-murid pada minggu kedua persekolahan pada tahap memuaskan. 
  • Beberapa murid lelaki yang rambutnya tidak mematuhi peraturan sekolah telah diambil tindakan oleh guru disiplin. 
  • Masih ada segelintir murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak mematuhi garis panduan berpakaian yang dinyatakan oleh Tuan Pengetua dalam perhimpunan yang lepas iaitu berpakaian seluar sukan dan t-shirt sekolah berlogo sekolah.

7.  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. 
  • Jadual pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru-guru telah diedarkan kepada guru-guru pada hari Selasa 7 Januari 2014.
  • Minggu orientasi dan pembahagian kelas tingkatan empat telah selesai pada hari Ahad 5 Januari 2014. Mereka mulakan pdp selepas rehat. 
  • Minggu orientasi dan pembahagian kelas tingkatan satu telah selesai pada hari Isnin 6 Januari 2014. Mereka mulakan pdp selepas rehat. 
  • Didapati banyak bilik darjah belum diceriakan untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif.

8.  TANDAS GURU
  • Tandas bersih. 
  • Tandas dibersihkan mengikut masa yang ditetapkan. 
  • Ada usaha untuk menghias tandas. Terima kasih.

9.  TANDAS MURID
  • Tandas bersih. 
  • Amalan murid-murid masuk ke tandas memakai terompah diteruskan. Satu usaha yang baik. 
  • Tandas dibersihkan mengikut masa yang ditetapkan. 
  • Ada usaha untuk menghias tandas. Terima kasih.

10. KESELAMATAN
  • Seorang murid perempuan tingkatan dua terlibat dalam kemalangan di simpang tiga jalan utama Kampung Telok Kerang. 
  • Guru bertugas akan memberi nasihat di perhimpunan agar murid-murid berhati-hati dan tidak leka semasa berada di jalanraya. 
  • Masih ramai murid yang menunggang motosikal ke sekolah tidak memakai topi keledar. 
  • Di kawasan sekolah, pengawal keselamatan meronda pada waktu-waktu tertentu sama ada berjalan kaki atau menunggang motosikal. 
  • Ada bilik darjah yang diterangi hanya satu lampu sahaja sedangkan pada waktu ini pada pukul  6.40 pagi keadaannya masih gelap. Adalah dicadangkan agar lampu-lampu yang sudah rosak diganti dengan yang baru.

11. AKTIVITI KOKURIKULUM
  • Mesyuarat rumah sukan pada pagi Rabu 8 Januari 2014 (waktu kokurikuum). 
  • Latihan larian merentas desa bagi Rumah Hijau dan Rumah Kuning diadakan pada petang Rabu 8 Januari 2014 bermula 3.30 petang hingga 5.00 petang. 
  • Latihan larian merentas desa bagi Rumah Biru dan Rumah Merah diadakan pada petang Khamis 9 Januari 2014 bermula 3.30 petang hingga 5.00 petang.
12. HAL-HAL LAIN
  • Pada hari Rabu 8 Januari 2014 sekolah dilawati oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian untuk memantau pengajaran dan pembelajaran Tuan Pengetua dan Guru Penolong Kanan. 
  • Pada pagi Khamis 9 Januari 2014 diadakan majlis perpisahan dengan Cikgu Lee Sin Lian bekas Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang berpindah ke SMK Dato Ali Haji Ahmad, Pontian dan Cikgu Kong Kok Wee guru POL Bahasa Cina. 
  • Saya mencadangkan agar setiap guru bertugas membaca doa yang mewakili warga SMKTK untuk anak-anak murid agar memperoleh kejayaan. Lampiran doa disertakan bersama laporan ini.

13. HARAPAN
  • Sama-samalah kita berusaha meningkatkan mutu pendidikan sekolah kita yang disokong oleh suasana dan keadaan sekolah yang kondusif. Jalankanlah tugas yang diamanahkan kepada kita sebagai warga pendidik dengan penuh rasa tanggungjawab. Allah SWT maha mengetahui apa yang kita lakukan di sekolah kita. 

14.  LAMPIRAN
  1. LAMPIRAN A - Foto-foto berkaitan laporan. 
  2. LAMPIRAN B - Doa daripada guru-guru dan warga SMKTK untuk murid-murid.


CATATAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 

MINGGU:  2                                                       
TARIKH:  9 JANUARI 2014
HARI:  AHAD
MASA:  7.30 – 8.10 PAGI
GURU BERTUGAS:  CIKGU HASAN B KASMURI

1.  SUASANA PERHIMPUNAN:
  • Murid-murid dan guru-guru hadir ke perhimpunan sebelum pukul 7.30 pagi. 
  • Barisan pengawas bertugas mengendalikan perhimpunan. 
  • Murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing. Lelaki dan perempuan dipisahkan.  Adalah di cadangkan ketua dan penolong ketua berada di hadapan barisan kelas masing-masing.      Adalah dicadangkan diletakkan tanda nama kelas di hadapan barisan. 
  • Murid-murid kurang bersemangat semasa menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor, dan lagu Sekolah.

2.  UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU:

Laporan dan ucapan oleh Cikgu Nordin b Ehsan dan Cikgu Nor Hasni b Mohd Arip
  • Kepada murid-murid yang datang ke sekolah dengan motosikal hendaklah ikut peraturan keselamatan di jalanraya. Mesti pakai topi keledar. 
  • Keadaan kantin sekolah sesak sedikit pada awal rehat. Namun selepas 10 minit keadaan kurang sesak. Murid yang sudah makan dan minum hendaklag beredar untuk member laluan kepada murid lain. 
  • Ada murid yang berada di dalam kelas semasa rehat. Waktu rehat kosongkan kelas. Hanya pengawas bertugas yang berada di situ. 
  • Semua murid mesti mematuhi peraturan sekolah. Berdisiplin setiap masa. 
  • Semua murid digalakkan datang awal ke sekolah setiap pagi.

3.  UCAPAN TUAN PENGETUA:

Ucapan, pesanan dan ingatan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Hamid b Abu Bakar
  • Semua murid hendaklah menyanyi dengan kuat dan bersemangat lagu-lagu Negaraku, Bangsa Johor, dan lagu sekolah. 
  • Murid-murid baru Tingkatan 1 hendaklah menghormati murid-murid senior di Tingkatan 2 – Tingkatan 5. Ucapkan salam kepada mereka. Manakala murid-murid senior disamping menghormati murid-murid Tingkatan 1, mereka juga dikehendaki membantu dan membimbing murid-murid Tingkatan 1. 
  • Budaya SMKTK iaitu mengucapkan salam dan bersalaman (murid lelaki dan guru lelaki sahaja) hendaklah sentiasa diamalkan. 
  • Keputusan PMR 2013: Beliau mengucapkan tahniah kepada calon-calon PMR 2013 yang Berjaya meningkatkan peratus lulus. 93/127 calon semua lulus Gred A, B, C dan D. GPS terbaik yang dicapai setakat ini iaitu 2.64. Empat mata pelajaran mencapai 100% iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, KHB2 dan KHB3. Seramai 8 orang dapat 8A (perfect score) berbanding tahun 2012 iaitu 4 orang sahaja. 
  • Murid  Tingkatan 4 diminta meneruskan pembelajaran di sekolah ini dan mereka mesti bersiap dan merancang untuk menduduki peperiksaan SPM pada 2015 nanti. 
  • Kepada murid-murid Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini, diminta bersedia dari sekarang. Terapkan budaya rajin bertanya kepada guru. 
  • Kepada murid-murid 5 Landskap, jangan rasa rendah diri. Murid-murid inilah yang banyak berbakti kepada sekolah. Mereka boleh berjaya. 
  • Beliau berharap semua murid-murid SMKTK berakhlak dan bersahsiah terpuji. Mesti patuh dan ikut peraturan sekolah dan undang-undang negara. 
  • Murid-murid yang bermotosikal mesti pakai topi keledar. 
  • Murid-murid mesti dating ke sekolah tepat pada waktunya. Tindakan akan diambil jika tidak mematuhi peraturan keselamatan jalanraya. 
  • Waktu pembelajaran pada hari Selasa dan Khamis bermula 7.30 pagi hingga 1.50 petang. Hari Ahad, Isnin dan Rabu dari 7.30 hingga 2.30 petang. 
  • Semasa PdP Pendidikan Jasmanai dan Kesihatan, murid-murid mesti memakai pakaian sukan rasmi sekolah yang ada logo sekolah. 
  • Untuk keselamatan, elakkan menggnakan laluan antara Blok B dan Blok C. Ada kerosakan pada konkrit. Gunakan laluan lain.

4.  HAL-HAL LAIN
  • Cikgu Muslim b Japri menberitahu guru-guru dan murid-murid bahawa pada hari Khamis 9 Januari 2014 akan diadakan majlis perpisahan untuk Cikgu Lee Sin Lian. 
  • Kepada guru-guru, satu jamuan akan diadakan pada hari yang sama
  • Pengawas sekolah memeriksa murid-murid terhadap pakaian dan rambut semasA murid-murid berbaris keluar dari tapak perhimpunan.

Disediakan oleh
CIKGU HASAN BIN KASMURI

Ucapan pertama Tuan Pengetua dalam perhimpunan rasmi.


Murid-murid yang bermotosikal datang ke sekolah.

Motosikal disusun kemas.

Suasana di kantin sekolah waktu rehat.

Mesyuarat rumah sukan.

Latihan rumah sukan

Program membaca Surah Yaasiin.

Bilik guru yang perlu dikemaskan.

Majlis perpisahan Cikgu Lee dan Cikgu Kong.
 
Guru-guru SMKTK tahun 2014

Program membaca Surah Yaasiin.

Kawasan sekolah yang ceria.

Kawasan sekolah yang bersih.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :