31 August 2016

Muafakat Johor


30 August 2016

Program Guyup Hari Kebangsaan 2016









Program Guyup Kemerdekaan 2016 telah dilaksanakan pada hari Sabtu 27hb Ogos 2016 bermula jam 8.00 pagi dan tamat sekitar 12.00 tengahari.  Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah lawatan ke rumah orang-orang tua di sekitar skawasan sekolah (dan menghulur sedikit bantuan), gotong royog membersihkan surau dan masjid serta menceriakan Bilik Operasi Peperiksaan.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program hari ini.


SMKTK Cemerlang.

Pembentangan Akhir Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016


Kumpulan SMKTK Wildlife Defenders Challenge akan menyertai pembentangan akhir dalam Pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016 (RZSWDC2016). Pembentangan akhir akan  dibuat oleh kesemua enam ahli kumpulan dan diadakan di Dewan Besar, Kompleks Mutiara Johor Land, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru pada 30hb Ogos 2016. 

Pembentangan laporan aktiviti RZSWDC2016 pada hari ini merupakan acara kemuncak pertandingan RZSWDC2016 yang telah bermula sejak Disember 2015 lalu.  Persiapan rapi untuk pembentangan dan segala yang berkaitan telah dibuat beberapa minggu yang lalu. 

Warga SMKTK mendoakan semoga mereka dapat melaksanakan pembentangan dengan lancar dan mendapat  kejayaan cemerlang...aminn


SMKTK Cemerlang.

29 August 2016

Terima Kasih Wak Masri dan Semua AJK PIBG

  


Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada Wak Masri (salah seorang AJK PIBG) yang telah membaik pulih pagar sekolah yang telah rosak.  Beliau telah membaiki pagar ini secara sukarela setelah isu pagar sekolah yang rosak rosak ditimbulkan dalam mesyuarat AJK PIBG yang baru lalu.  Semoga usahasama murni diantara pihak sekolah dan PIBG ini akan dapat diteruskan dalam pelbagai bentuk bagi manfaat anak didik SMKTK.

Sekali lagi terima kasih dan semoga segala usaha Wak Masri dan AJK PIBG yang lain akan dinilai sebagai amal jariah.


SMKTK Cemerlang.

Tahniah Adik Qayyum

 



Tahniah Pasukan Bola Sepak B18 Daerah Pontian kerana menjuarai Piala Tunku Temenggung Johor 2016.  Kemenangan lebih manis kerana Ketua Pasukan adalah murid SMK Telok Kerang iaitu adik Mohamad Qayyum Hakim bin Rashidi (murid tingkatan 5).  Tahniah kepada Qayyum, semua pemain, jurulatih, pengurus dan semua yang dapat merealisasikan kejuaraan ini.


Pontian Dinamik...SMKTK Cemerlang.

25 August 2016

Suasana Malam SMKTK di Bulan Kebangsaan



















Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk Pertandingan Guyup sempena bulan kebangsaan 2016.  Semoga segala usaha tuan/puan akan dinilai sebagai ibadah dan dibalas dengan sebaik-baik balasan.


Sehati Sejiwa...SMK Cemerlang.

24 August 2016

Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMK Telok Kerang (20/08/2016)





22 August 2016

Pelancaran Bulan Kebangsaan 2016


Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan 2016 SMK Telok Kerang telah diadakan pagi 14hb Ogos 2016.  Majlis tersebut dihadiri ketua-ketua masyaraket setempat seperti Ketua-Ketua Kampung, AJK PIBG, dan guru-guru.


SMKTK...Sehati Sejiwa

19 August 2016

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula:

17 OGOS 2016 hingga 20 SEPTEMBER 2016 (Peringkat Pengetua/Guru Besar/ Ketua Bahagian Di Bahagian/IAB/IPG/KM) 21 SEPTEMBER 2016 hingga 08 OKTOBER 2016 (Peringkat JPN/BAHAGIAN)

Urusan ini terbuka kepada:

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 bagi urusan tahun 2014 hingga 2016;

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan tahun 2014 hingga 2016;

(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan tahun 2014 hingga 2016 (Hanya PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan

(d) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Tahun 2014 Hingga 2016.


Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 17 OGOS 2016. Surat Siaran Kenaikan Pangkat TBBK 2014-2016

sumber : http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5432

15 August 2016

Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMK Telok Kerang (11/08/2016)




10 August 2016

Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMK Telok Kerang (3/08/2016)








Peperiksaan Percubaan SPM 2016







Calon SPM 2016 sedang dan akan mengahadapi peperiksaan percubaan SPM bermula Ahad (8hb Ogos 2016) dan tamat pada Khamis (18hb Ogos 2016)..Insyaallah.  Peperiksaan dijalankan di kelas masing-masing bagi mengelakkan gangguan bunyi bising dari kawasan pembinaan dewan terbuka.  Prosedur dan peraturan peperiksaan SPM sebenar dilaksanakan bagi memastikan calon kerasai dan mematuhi keadaan peperiksaan sebenar.

Kami guru berada disamping semua calon dan sentiasa mendoakan anda semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.  Mohon Kerjasama ibu bapa dan penjaga bagi calon SPM 2016 agar dapat memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah dan mendoakan kejayaan mereka.

SMKTK Cemerlang.