30 August 2016

Pembentangan Akhir Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016


Kumpulan SMKTK Wildlife Defenders Challenge akan menyertai pembentangan akhir dalam Pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016 (RZSWDC2016). Pembentangan akhir akan  dibuat oleh kesemua enam ahli kumpulan dan diadakan di Dewan Besar, Kompleks Mutiara Johor Land, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru pada 30hb Ogos 2016. 

Pembentangan laporan aktiviti RZSWDC2016 pada hari ini merupakan acara kemuncak pertandingan RZSWDC2016 yang telah bermula sejak Disember 2015 lalu.  Persiapan rapi untuk pembentangan dan segala yang berkaitan telah dibuat beberapa minggu yang lalu. 

Warga SMKTK mendoakan semoga mereka dapat melaksanakan pembentangan dengan lancar dan mendapat  kejayaan cemerlang...aminn


SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :