26 February 2017

Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah (001R) dan Menengah (001M)

24 February 2017

30 Strategi Pembelajaran Koperatif dalam PdPc

20 February 2017

Minggu Anti Dadah Kebangsaan Tahun 2017







Pelancaran Minggu Anti Dadah Kebangsaan peringkat SMK Telok Kerang telah dilaksanakan pada Ahad, 19hb Februari 2017 oleh Pn. Hajah Azizah binti Omar, Pengetua SMKTK.  Semasa ucapan perasmian, beliau mengingat murid tentang bahaya dadah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta menasihatkan mereka agar menjauhi najis dadah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang minggu ini seperti pertandingan karangan, melukis, kuiz ringkas anti dadah dan sebagainya.  Semoga program ini akan memberi kesan positif dan kesedaran kepada semua murid tentang bahaya dadah seterusnya menjauhinya.

SMKTK Cemerlang.

13 February 2017

Rumusan Pemantauan PAK21 SMKTK oleh PPD Pontian Februari 2017


Sekumpulan Pegawai PPD Pontian (seramai 19 orang ) telah membuat pemantauan PAK21 pada 7hb Januari 2017.  Pemantauan ini adalah salah satu usaha PPD membantu SMKTK selaku Sekolah Show Case PAK21.  Satu mesyuarat bersama Tuan PPD telah diadakan untuk membuat rumusan hasil pemantauan tersebut.  Dapatan pemantauan adalah seperti di bawah.


  • Jadual waktu : tidak ditampal di kelas / BRM dan perlu ditandatangani oleh Pengetua
  • TOV : tidak dicatat atau ditampal pada ruang BRM
  • RPH : terbaik dan boleh dijadikan contoh oleh Pn Siti Nor Hasni (Tahniah).
  • Pengurusan kelas : mencapai tahap "Terbaik" pada kelas Tingkatan 5ST di bawah pengurusan En Shamsul Sazali (Tahniah).
  • Sebilangan kecil guru menulis "Kreteria Kejayaan" pada Buku Rekod Mengajar  tidak mencapai  "Objektif Pembelajaran" yang telah dinyatakan

Tindakan segera sekolah:

  • Perlu ada mesyuarat pelantikan AJK PAK21 segera untuk mengerakkan PAK21 bagi sekolah yang belum melaksanakannya . 
  • Melaksanakan bengkel bersama guru di sekolah dan laporan perlu dihantar kepada PPD.
  • PLC berjadual perlu diadakan di sekolah dan laporan perlu dihantar kepada PPD. PLC boleh dilaksanakan sepanjang masa mengikut kesesuaian dan budibicara sekolah. Pihak PPD boleh dijemput sama ketika PLC diadakan untuk sama-sama menimba ilmu demi kebaikan bersama 
  • Pihak PPD akan membuat pemantauan seterusnya pada masa terdekat.
  • AJK Pelaksana Learning Walk PAK21 perlu dibentuk .  Pelaksanaan LW PAK21 perlu dilakuka secara berjadual, berkala secara tetap.  Laporan bertulis perlu disediakan.

SMKTK adalah Sekolah Show Case untuk PAK21.  SMKTK perlu dan wajib menjayakan 100 peratus PAK21, meliputi persekitaran sekolah, bilik darjah, pedagogi bermaklumat.  Sekolah yang menjadi Show Case adalah sekolah yang boleh dijadikan contoh, ikutan dan rujukan oleh sekolah sekolah lain. Sekiranya ada lawatan berkaitan PAK21dari mana luar dari Negeri Johor ke Pontian, SMKTK adalah sekolah pilihan utama lawatan dan rujukan memandangkan Johor adalah perintis PAK21 di Malaysia. Pada waktu yang sama, Sekolah rintis PAK21 boleh menimba ilmu dan merujuk dari sekolah Show Case.

SMKTK Cemerlang.

Sukantara SMK Telok Kerang Kali ke-44 Tahun 2017







Sukantara SMKTK kali ke-44 telah dilaksanakan pada hari Rabu, 8hb Februari 2017.  Acara yang bermula jam 2.00 petang dan tamat sekitar 5.00 petang itu mempertandingakan 2 acara sukan iaitu acara larian (100M dan 400M) dan lontar peluru bagi kategori A dan B, lelaki dan perempuan.

Tahniah diucapkan kepada pengelola, guru-guru dan semua ahli rumah sukan yang telah memberi kerjasama terbaik sehingga semua acara dapat dipertandingkan dengan selamat dan lancar seperti dirancang.  Tahniah kepada ahli dan guru Rumah Biru yang berjaya mengungguli sukantara kali ini dengan pungutan mata sebanyak 174 mata, diikuti Rumah Merah (159 mata), Rumah Hijau (130 mata) dan Rumah Kuning (122 mata).

SMKTK Cemerlang.

09 February 2017

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2017






Mesyuarat AJK PIBG kali pertama bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 9hb Februari 2017.  Mesyuarat yang dihadiri hampir 92 peratus AJK itu dijalankan bagi membincang dan membuat beberapa keputusan penting berkaitan perancangan tahunan 2017. 

Semoga mesyuarat ini akan membantu melonjakkan kecemerlangan SMKTK.

SMKTK Cemerlang.

Tahniah, ke-4 Anugerah Nilam Pontian 2017




Tahniah kepada adik Siti Nur Zahirah binti Dahlan dan adik Nurul Ayrien Fatihah binti Mad San yang masing-masing berjaya mendapat tempat ke-4 bagi Anugerah Nilam Bahasa Melayu dan Anugerah Nilam Bahasa Inggeris daerah Pontian tahun 2017.  Majlis anjuran bersama PKG Daerah Pontian dan PPD Pontian itu telah dilaksanakan pada 8hb Februari 2017.

Tahniah dan terima kasih kepada murid yang berjaya dan guru pembimbing yang berjaya hingga ke tahap ini.

SMKTK Cemerlang.

06 February 2017

Kursus Kepimpinan Murid SMKTK 2017





 

Kursus Kempimpinan Murid SMKTK bagi tahun 2017 telah diadakan pada 2 dan 3 Februari 2017 di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.  Kursus ini melibatkan 111 orang pemimpin murid yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Student Leaders Board (SLB), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua Tingkatan.  Kursus ini telah dikedalikan oleh sekumpulan perunding profesional yang telah menyediakan modul kursus kepimpinan yang sangat menarik dan sesuai dengan tahap kepimpinan murid.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan kursus ini terutama Pengurusan HEM, Bimbingan dan Kaunseling, Pengawas sekolah dan sebagainya.  Semoga kursus ini akan memberi manfaat kepada murid terlibat untuk memimpin organisasi masing-masing dengan cemerlang sepanjang 2017 ini.

SMKTK Cemerlang.

Perasmian Program "Jom Ke Sekolah" 2017







Perasmian Program "Jom Ke Sekolah" peringkat sekolah negeri Johor bagu tahun 2017 telah dilaksanakan pada 5hb Februari 2017 oleh Pegawai SIP+ PPD Pontian, En. Ahmad Khairi bin Paimin.  Majlis tersebut adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM - Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman).

Semoga program ini akan dapat membantu mencegah murid daripada terlibat dalam sebarang salahlaku dan pelanggaran undang-undang atau kegiatan tidak bermoral samada di dalam atau di luar sekolah.

SMKTK Cemerlang.