Sekumpulan Pegawai PPD Pontian (seramai 19 orang ) telah membuat pemantauan PAK21 pada 7hb Januari 2017. Pemantauan ini adalah salah satu usaha PPD membantu SMKTK selaku Sekolah Show Case PAK21. Satu mesyuarat bersama Tuan PPD telah diadakan untuk membuat rumusan hasil pemantauan tersebut. Dapatan pemantauan adalah seperti di bawah.
- Jadual waktu : tidak ditampal di kelas / BRM dan perlu ditandatangani oleh Pengetua
- TOV : tidak dicatat atau ditampal pada ruang BRM
- RPH : terbaik dan boleh dijadikan contoh oleh Pn Siti Nor Hasni (Tahniah).
- Pengurusan kelas : mencapai tahap "Terbaik" pada kelas Tingkatan 5ST di bawah pengurusan En Shamsul Sazali (Tahniah).
- Sebilangan kecil guru menulis "Kreteria Kejayaan" pada Buku Rekod Mengajar tidak mencapai "Objektif Pembelajaran" yang telah dinyatakan
Tindakan segera sekolah:
- Perlu ada mesyuarat pelantikan AJK PAK21 segera untuk mengerakkan PAK21 bagi sekolah yang belum melaksanakannya .
- Melaksanakan bengkel bersama guru di sekolah dan laporan perlu dihantar kepada PPD.
- PLC berjadual perlu diadakan di sekolah dan laporan perlu dihantar kepada PPD. PLC boleh dilaksanakan sepanjang masa mengikut kesesuaian dan budibicara sekolah. Pihak PPD boleh dijemput sama ketika PLC diadakan untuk sama-sama menimba ilmu demi kebaikan bersama
- Pihak PPD akan membuat pemantauan seterusnya pada masa terdekat.
- AJK Pelaksana Learning Walk PAK21 perlu dibentuk . Pelaksanaan LW PAK21 perlu dilakuka secara berjadual, berkala secara tetap. Laporan bertulis perlu disediakan.
SMKTK adalah Sekolah Show Case untuk PAK21. SMKTK perlu dan wajib menjayakan 100 peratus PAK21, meliputi persekitaran sekolah, bilik darjah, pedagogi bermaklumat. Sekolah yang menjadi Show Case adalah sekolah yang boleh dijadikan contoh, ikutan dan rujukan oleh sekolah sekolah lain. Sekiranya ada lawatan berkaitan PAK21dari mana luar dari Negeri Johor ke Pontian, SMKTK adalah sekolah pilihan utama lawatan dan rujukan memandangkan Johor adalah perintis PAK21 di Malaysia. Pada waktu yang sama, Sekolah rintis PAK21 boleh menimba ilmu dan merujuk dari sekolah Show Case.
SMKTK Cemerlang.