Walaupun sesi persekolahan 2013 belum bermula, pada hari ini guru-guru sekolah ini telah menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali pertama tahun 2013. Kursus PROGRAM I-THINK. Kursus ini telah diadakan di Kamar Kencana di bawah bimbingan Cikgu Norhaslinda bt Husien.
Program i-think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar ke arah menghasilkan pelajar berinovatif. Jelasnya, i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir.
Apakah yang diharapkan melalui program ini?
- Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus dan berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
- Aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar.
- Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
- Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.
Kenapa i-Think?
- Dapatan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA menunjukan murid Malaysia di tahap yang rendah
- Murid berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka.
- Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat 5 rendah.
- Keputusannya…
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan program i-THINK.
- Program i-THINK dirintis di 10 buah sekolah seluruh Malaysia (6 SR dan 4 SM).
- Pihak AIM telah melantik perunding dari Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus kemahiran berfikir kepada guru sekolah rintis dan Jurulatih Kebangsaan.
- Perbelanjaan rintis program i-THINK dibiayai sepenuhnya oleh AIM.
- Bagaimana?...
- Memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid.
- Semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.
- Murid akan menggunakan dalam pembelajaran.
- Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan.
- Mengadakan portal bahan interaktif p&p yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir.
- Alat berfikir… Thinking Hats Thinking Maps 8 Habits of Mind
- Apakah yang diharapkan dari Program i-THINK? : Prestasi meningkat, Fokus, Berkeyakinan, Seronok belajar dan Hubungan guru-murid rapat dan Aktif.
Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta Pemikiran. Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
Program i-Think ini mengemukakan 8 jenis peta iaitu:
- Peta Bulatan,
- Peta Buih,
- Peta Buih Berganda,
- Peta Pokok,
- Peta Dakap,
- Peta Alir,
- Peta Pelbagai Alir
- Peta Titi.
1 comments:
Write commentsPihak kami bercadang untuk menerbitkan sesuatu tentang i-Think. Jika ada guru yang berminat untuk menjadi penulis, sila hubungi Roslan 03-61450151.
Reply