- Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa mengira latar belakang. Murid akan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Apabila menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moralyang tinggi, dan berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain.
- Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semuamurid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya. Guru akan mempunyai harapan yangtinggi terhadap murid tanpa mengira latar belakang dan pencapaian terdahulu, dan akanmembekalkan murid dengan sokongan yang perlu bagi memenuhi harapan ini.
- Murid akan mempunyai pembelajaran yang kaya, dari segi akademik dan bukan akademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan. Lebih banyak projek dan tugasan berasaskan kumpulan akan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan. Lebih banyak projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas sekolah akan dilakukan bagi memupuk interaksi dengan individu dari semua latar belakang. Murid akan mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar pada kadar kendiri dan mengejar minat mereka dalam aliran akademik, vokasional dan teknikal.
- Murid akan mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman belajar mereka. Guru akan bekerjasama dengan murid dan ibu bapa bagi menetapkan sasaran pembelajaran. Guru juga akan menggalakkan murid menyuarakan pendapat mereka supaya guru tahu gaya pembelajaran yang terbaik untuk setiap murid.
Sebagai balasan, murid akan diminta supaya sentiasa melakukan yang terbaik dan bekerjasama dengan guru untuk mengurangkan kelakuan yang mengganggu dalam bilik darjah. Semua murid akan mempunyai tanggungjawab bersama bagi membantu menjadikan sekolah tempat yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.