19 January 2014

LAPORAN PROGRAM PENGHIJAUAN 2: PROJEK TANAMAN MAKANAN SECARA FERTIGASI

Pengenalan 
Dengan terlaksananya projek fertigasi di SMKTK, ianya telah memberi satu pendedahan teknologi baru dalam bidang pertanian kepada warga sekolah ini. Ia amat sesuai untuk diamalkan dan dikembangkan di peringkat sekolah. Selain daripada sayur-sayuran, projek ini menanam buah-buahan seperti rockmelon. Selain daripada membekalkan bahan makanan, teknologi ini dapat memberi impak kepada kehijauan kawasan sekolah.

Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri pertanian. Sistem ini sangat praktikal diusahakan kerana mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan tenaga kerja. Yang menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat menguntungkan sesiapa saja yang terlibat.

Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis- jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang.

Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. 

Objektif:
1.        Memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah ini mengetahui teknologi penanaman moden secara fertigasi. 
2.        Mewujudkan kawasan tanaman makanan secara fertigasi. 
3.        Memberi peluang kepada murid-murid Sains Pertanian menanam secara fertigasi.
4.         Menjadikan kawasan sekolah menghijau dengan tumbuh-tumbuhan tanaman makanan.

Nama Program:
Projek Tanaman Makanan Secara Fertigasi

Hari: 
Projek dibuat dari masa ke semasa semasa murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan murid-murid Sains Pertanian yang sedang belajar sebagai memenuhi syarat kerja kursus.  

Tanggungjawab:  
Penyediaan:  En. Hasan Kasmuri, murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan murid-murid Sains pertanian. 
Pengurusan:  En. Hasan Kasmuri, murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan murid- murid Sains pertanian.  

Pelaksanaan:
Sepanjang masa semasa pembelajaran dan semasa kegiatan kokurikulum.

Tempat: 
Di hujung tempat parkir bersebelahan dengan padang sekoah.

Sasaran: 
Semua murid MPV landskap dan Nurseri dan semua murid Sains Pertanian SMK Telok Kerang dan ahli-ahli Puteri Islam.  

Kos:
Pembinaan projek:  Kos RM5200.00  

Dokumentasi Bergambar:








SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :