31 January 2014

LAPORAN PROGRAM PENGHIJAUAN 8: PROJEK MENGHIJAUKAN KAWASAN SEKOLAH

Pengenalan 

Usaha-usaha untuk menghijaukan kawasan SMK Telok Kerang  ke arah sekolah yang yang lebih mesra dengan alam sekitar telah lama dilakukan dan masih diteruskan sehingga kini. Peringkat demi peringkat kerja-kerja pembinaan taman dan penanaman pokok-pokok hiasan dilakukan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Pelakon utamanya tentulah murid-murid dan guru-guru mata pelajaran MPV Landskap dan Nurseri. Mereka sama-sama  merancang, merekabentuk, membina taman serta menanam pokok-pokok hiasan yang sesuai dengan persekitaran sekolah. Dengan bantuan pekerja-pekerja swasta, kebersihan kawasan taman sentiasa dijaga. Pekerja-pekerja ini akan memangkas, membersihkan daun-daun yang gugur, menyiram dan membaja pokok-pokok tersebut. 

Objektif:

  1. Menjadikan kawasan sekolah menjadi lebih hijau dengan pokok-pokok yang menghijau. 
  2. Meningkatkan kemahiran murid MPV Landskap mereka bentuk dan membina landskap. 
  3. Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha dalam melestarikan dan menghijaukan kawasan sekolah. 
  4. Menjimatkan kos melestarikan dan menghijaukan kawasan sekolah dengan cara membuat sendiri sesuatu projek. 
  5. Menjadikan kawasan sekolah lebih lestari.


Nama Program: 
Projek Menghijaukan Kawasan Sekolah 

Hari: 
Projek dibuat semasa murid-murid MPV Landskap dan Nurseri sedang belajar mengenainya sebagai projek kerja kursus. Manakala murid-murid lain bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. 

Tanggungjawab: 
Penyediaan:  En. Hasan Kasmuri dan murid-murid MPV landskap dan Nurseri. 
Pengurusan:  En. Hasan Kasmuri dan murid-murid MPV Landskap dan Nurseri. 

Pelaksanaan: 
Pelaksanaan di sepanjang masa sehingga kini. Dibuat untuk proses pengayaan pembinaan landskap oleh murid-murid MPV Landskap. 

Tempat: 
Di semua kawasan SMK Telok Kerang 

Sasaran:

Semua murid MPV landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang. 

Kos:  
Pembinaan projek:  Kos RM2500.00 

Dokumentasi Bergambar:







SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :