31 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Hari ini adalah Tahun Baru Cina. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada guru-guru dan murid-murid Cina di SMK Telok Kerang. 

Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak Cina. Ia dimulai pada tangga 31 januari 2014 dan berakhir pada tanggan 18 Februari 2015.

Dalam budaya Cina, kuda adalah lambang kebangsawanan, ketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir pada tahun kuda adalah orang yang pintar, bertutur lata luar biasa, dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. 

Mereka percaya bahawa tujuan mereka dalam hidup adalah “untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan.” Mereka percaya tahun kuda ini membawa kejayaan, pencapaian dan kekayaan di sepanjang tahun 2014.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :