30 January 2014

LAPORAN PROGRAM PENGHIJAUAN 7: PROJEK TAMAN SAINS

Pengenalan 

Taman ini dinamakan Taman Sains. Letaknya taman ini ialah di di hadapan Makmal 3, SMK Telok Kerang. Ia dibina oleh murid-murid MPV Landskap dan ahli-ahli Kelab Sains di bawah bimbingan dan tunjuk ajar guru mata pelajaran Landskap dan Nurseri, Cikgu Hasan Kasmuri. Taman yang berkonsepkan ‘kehijauan di hadapan makmal’ dibina dengan pembentukan tanah terlebih dahulu dan ditanam dengan pokok-pokok rending serta rumput karprt. Bangku tempat duduk masih dikekalkan.  Kewujudannya diruang antara bangunan ini memberi satu suasana yang nyaman dan menyegarkan. 

Objektif:

  1. Menjadikan kawasan di hadapan makmal sekolah menghijau dengan tumbuh-tumbuhan. 
  2. Meningkatkan kemahiran murid MPV Landskap dan ahli-ahli Kelab Sains mereka bentuk dan membina landskap. 
  3. Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha dalam melestarikan kawasan sekolah. 
  4. Menjimatkan kos melestarikan kawasan sekolah dengan cara membuat sendiri sesuatu projek. 
  5. Menambah kemudian rekreasi di kawasan sekolah.


Nama Program: 
Projek Taman Sains 

Hari: 
Projek dibuat semasa murid-murid MPV Landskap dan Nurseri sedang belajar mengenainya sebagai projek kerja kursus. Manakala ahli-ahli Kelab Sains melakukannya semasa hari kegiatan kokurikulum. 

Tanggungjawab: 
Penyediaan:En. Hasan Kasmuri, murid-murid MPV landskap dan Nurseri dan ahli-ahli Kelab Sains.

Pengurusan:En. Hasan Kasmuri, murid-murid MPV landskap dan Nurseri dan ahli-ahli Kelab Sains. 

Pelaksanaan: 
Februari hingga April 2013 

Tempat:

Di hadapan Makmal 3, SMK Telok Kerang 

Sasaran:  
Semua murid MPV landskap dan Nurseri dan ahli-ahli Kelab Sains SMK Telok Kerang. 

Kos: 
Pembinaan projek:  RM1200.00 

Dokumentasi Bergambar:





SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :