Dulu kawasan Taman Sains ini tidaklah seperti ini. Dula penuh dengan batu-batu dan kolam yang dah pecah. Apabila Tuan Pengetua pada masa itu iaitu En. Mohd Khairi b Paimin menyerahkan kerja-kerja membaik pulih taman kepada guru-guru dan murid-murid MPV Landskap, maka wujudlah taman yang sekarang. En. Mohd. Khairi b Paimin mencadangkan konsep taman yang menyejukkan bilik darjah dan makmal. Tugas pembentukan tanah dan penanaman pokok hiasan dan rumput dibuat oleh Cikgu Hasan Kasmuri dan murid-murid Tingkatan 5 Landskap. Manakala tugas membina pondok rehat dibuat oleh Cikgu Nordin Ehsan, Abang Roslee Md Khair dan murid-murid Tingkatan 4 Landskap. Kerja-kerja membaik pulih taman siap dalam masa empat bulan.
29 January 2014
Info SMKTK
Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang