Apabila jerebu melanda negara sejak Jun lalu,
kekhuatiran paling memuncak tentu dari sudut kesihatan yang dilihat aspek
paling mudah terjejas. Kebimbangan terhadap Indeks Pencemaran Udara (IPU)
yang tidak konsisten juga secara tidak langsung menyebabkan urusan seharian
terganggu termasuk sesi persekolahan yang terpaksa ditunda kerana sekolah
ditutup.
Pelajar tentunya menjadi kelompok utama diberi
pelepasan bagi menghindari risiko kesihatan akibat jerebu. Walaupun sekolah hanya ditutup sehari dua dan tidak
menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang boleh diganti
semula, ia tetap meninggalkan kesan psikologi.
Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan merangkap
pensyarah kanan kaunseling Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Datin Dr Sapora Sipon berkata, sekolah perlu
ditutup bagi mengelak pihak lain dipersalahkan andai berlaku insiden tidak
diingini terhadap pelajar akibat masalah jerebu.
Menurutnya, dari segi psikologi, masalah itu boleh
dijadikan penyebab untuk menyalahkan pihak lain, sekali gus menimbulkan konflik
di luar kawalan.
“Tindakan menutup sekolah perlu dilihat dalam
konteks lebih luas, bukan soal kesihatan semata-mata. Misalnya, membantu pihak berkepentingan
mengelakkan konflik lebih besar andai terjadi sesuatu terhadap pelajar terutama
mereka yang sudah sedia ada menghadapi masalah kesihatan. Bagi mengelak konflik atau keadaan di luar
jangkaan, penutupan sekolah langkah terbaik biarpun pada masa sama ia boleh
memberi kesan psikologi kepada pelajar dan guru, khususnya,” katanya.
Fenomena jerebu terjadi jika zarah, debu dan asap
berkumpul pada hari kering dengan zarah kecil berkumpul di paras rendah
atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah
pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara
berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia
kompleks seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan ketika pembakaran
ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik.
Dr Sapora berkata, dilihat dari sudut biasa,
penutupan sementara sekolah tidak memberi impak besar, namun ia masih mampu
memberi kesan psikologi kepada pihak berkaitan seperti tergendalanya
perancangan atau jadual yang sudah diatur sekolah sepanjang tahun.
Katanya, walaupun penutupan itu sekejap dan
dilakukan untuk menjaga kesihatan, ia boleh merencatkan susun atur perancangan
membabitkan P&P.
“Dalam konteks mudah, perancangan yang diatur akan
tergendala seketika disebabkan arahan cuti akibat jerebu. Walaupun hanya sehari dua, ia boleh menjejaskan
proses P&P, apatah lagi apabila guru terpaksa menggantikan sesi tertangguh
itu untuk mengejar silibus,” katanya.
Menurut beliau, kesan penangguhan itu boleh
mewujudkan sedikit tekanan dari sudut psikologi pelajar terutama mereka yang
bakal menghadapi peperiksaan utama.
“Apabila Kementerian Pendidikan memberi arahan
penutupan sekolah, ia sangat menggembirakan pelajar kerana mereka diberikan
cuti secara tiba-tiba. Bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan
besar, kesannya tidak ketara kerana sesi P&P masih boleh disusun semula. Bagaimanapun, bagi yang sedang menunggu saat untuk
menjalani peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga ( PT3) atau Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh menyebabkan sedikit tekanan. Penutupan itu mungkin merencatkan perancangan
mereka mengulang kaji di sekolah bersama guru atau rakan hingga memberi tekanan
psikologi kepada pelajar terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kesan psikologi tetap
bergantung kepada definisi pelajar itu sendiri selain didorong faktor lain
seperti ibu bapa, pesekitaran dan sebagainya.
“Saya membahagikan kesan psikologi pelajar ini
kepada dua kategori iaitu pelajar yang sudah bersedia dan belum bersedia. Bagi yang sudah membuat persiapan awal, mereka
tidak akan terjejas dan penutupan sekolah sehari dua langsung tidak memberi
impak terhadap persediaan yang dibuat. Malah, ia boleh dianggap sebagai cara mereka
meredakan seketika tekanan. Bagaimanapun, bagi pelajar yang belum bersedia
atau gemar melakukan tugasan pada saat-saat akhir, mereka akan terkesan
walaupun tidak ketara,” katanya.
Dari segi psikologi, katanya, pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan akan mengalami konflik diri dan mudah tertekan walaupun
mungkin mereka tidak menonjolkan kegelisahan.
“Pelajar terbabit, jika boleh, tidak perlu diganggu
dengan [kejutan’ kerana ia boleh menjejaskan fokus mereka. Biarpun masalah jerebu di luar kawalan, tidak
dinafikan ia boleh menganggu tumpuan pembelajaran,” katanya.
Dr Sapora berkata, ada pihak beranggapan jerebu
hanya masalah kecil dan cuti boleh dimanfaatkan sepenuhnya, namun bagi pelajar
khususnya di peringkat rendah yang daya ketahanannya belum stabil, masalah ini
boleh menjadi serius.
“Misalnya, pelajar yang menghidap lelah. Mungkin
punca sakit bukan kerana jerebu, tapi disebabkan ia berlaku pada waktu fenomena
itu, masyarakat akan meletakkan kesalahan padanya. Ia boleh mencetuskan masalah lain pula yang
mengundang pelbagai reaksi. Bagi mengelakkannya berlaku, lokasi sekolah yang
tahap IPU berbahaya perlu ditutup,” katanya.
Kepada ibu bapa, beliau menasihatkan agar sentiasa
memantau pergerakan dan tahap kesihatan anak mereka supaya langkah pencegahan
boleh diambil.
“Ada ibu bapa beranggapan cuti itu cuma suka-suka,
sekali gus membiarkan anak mereka bermain di luar rumah. Tindakan itu salah kerana cuti bertujuan menjaga
keselamatan pelajar daripada bahaya jerebu. Walaupun cuti, seharusnya aspek keselamatan,
kesihatan dan proses pembelajaran dimanfaat dengan baik,” katanya.
Sumber: Oleh Ruhaiza Rusmin (Harian Metro)
Impak penutupan sekolah
ruhaizarusmin@mediaprima.com.my
Apabila jerebu melanda negara sejak Jun lalu, kekhuatiran paling memuncak tentu dari sudut kesihatan yang dilihat aspek paling mudah terjejas.
Kebimbangan terhadap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak konsisten juga secara tidak langsung menyebabkan urusan seharian terganggu termasuk sesi persekolahan yang terpaksa ditunda kerana sekolah ditutup.
Pelajar tentunya menjadi kelompok utama diberi pelepasan bagi menghindari risiko kesihatan akibat jerebu.
Walaupun sekolah hanya ditutup sehari dua dan tidak menjejaskan sesi
pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang boleh diganti semula, ia
tetap meninggalkan kesan psikologi.
Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan merangkap pensyarah kanan kaunseling Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Datin Dr Sapora Sipon berkata, sekolah perlu ditutup bagi mengelak pihak lain dipersalahkan andai berlaku insiden tidak diingini terhadap pelajar akibat masalah jerebu.
Menurutnya, dari segi psikologi, masalah itu boleh dijadikan penyebab untuk menyalahkan pihak lain, sekali gus menimbulkan konflik di luar kawalan.
“Tindakan menutup sekolah perlu dilihat dalam konteks lebih luas, bukan soal kesihatan semata-mata.
“Misalnya, membantu pihak berkepentingan mengelakkan konflik lebih besar andai terjadi sesuatu terhadap pelajar terutama mereka yang sudah sedia ada menghadapi masalah kesihatan.
“Bagi mengelak konflik atau keadaan di luar jangkaan, penutupan sekolah langkah terbaik biarpun pada masa sama ia boleh memberi kesan psikologi kepada pelajar dan guru, khususnya,” katanya.
Fenomena jerebu terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari kering dengan zarah kecil berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia kompleks seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan ketika pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik.
Dr Sapora berkata, dilihat dari sudut biasa, penutupan sementara sekolah tidak memberi impak besar, namun ia masih mampu memberi kesan psikologi kepada pihak berkaitan seperti tergendalanya perancangan atau jadual yang sudah diatur sekolah sepanjang tahun.
Katanya, walaupun penutupan itu sekejap dan dilakukan untuk menjaga kesihatan, ia boleh merencatkan susun atur perancangan membabitkan P&P.
“Dalam konteks mudah, perancangan yang diatur akan tergendala seketika disebabkan arahan cuti akibat jerebu.
“Walaupun hanya sehari dua, ia boleh menjejaskan proses P&P, apatah lagi apabila guru terpaksa menggantikan sesi tertangguh itu untuk mengejar silibus,” katanya.
Menurut beliau, kesan penangguhan itu boleh mewujudkan sedikit tekanan dari sudut psikologi pelajar terutama mereka yang bakal menghadapi peperiksaan utama.
“Apabila Kementerian Pendidikan memberi arahan penutupan sekolah, ia sangat menggembirakan pelajar kerana mereka diberikan cuti secara tiba-tiba.
“Bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan besar, kesannya tidak ketara kerana sesi P&P masih boleh disusun semula.
“Bagaimanapun, bagi yang sedang menunggu saat untuk menjalani peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga ( PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh menyebabkan sedikit tekanan.
“Penutupan itu mungkin merencatkan perancangan mereka mengulang kaji di sekolah bersama guru atau rakan hingga memberi tekanan psikologi kepada pelajar terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kesan psikologi tetap bergantung kepada definisi pelajar itu sendiri selain didorong faktor lain seperti ibu bapa, pesekitaran dan sebagainya.
“Saya membahagikan kesan psikologi pelajar ini kepada dua kategori iaitu pelajar yang sudah bersedia dan belum bersedia.
“Bagi yang sudah membuat persiapan awal, mereka tidak akan terjejas dan penutupan sekolah sehari dua langsung tidak memberi impak terhadap persediaan yang dibuat.
“Malah, ia boleh dianggap sebagai cara mereka meredakan seketika tekanan.
“Bagaimanapun, bagi pelajar yang belum bersedia atau gemar melakukan tugasan pada saat-saat akhir, mereka akan terkesan walaupun tidak ketara,” katanya.
Dari segi psikologi, katanya, pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akan mengalami konflik diri dan mudah tertekan walaupun mungkin mereka tidak menonjolkan kegelisahan.
“Pelajar terbabit, jika boleh, tidak perlu diganggu dengan [kejutan’ kerana ia boleh menjejaskan fokus mereka.
“Biarpun masalah jerebu di luar kawalan, tidak dinafikan ia boleh menganggu tumpuan pembelajaran,” katanya.
Dr Sapora berkata, ada pihak beranggapan jerebu hanya masalah kecil dan cuti boleh dimanfaatkan sepenuhnya, namun bagi pelajar khususnya di peringkat rendah yang daya ketahanannya belum stabil, masalah ini boleh menjadi serius.
“Misalnya, pelajar yang menghidap lelah. Mungkin punca sakit bukan kerana jerebu, tapi disebabkan ia berlaku pada waktu fenomena itu, masyarakat akan meletakkan kesalahan padanya.
“Ia boleh mencetuskan masalah lain pula yang mengundang pelbagai reaksi. Bagi mengelakkannya berlaku, lokasi sekolah yang tahap IPU berbahaya perlu ditutup,” katanya.
Kepada ibu bapa, beliau menasihatkan agar sentiasa memantau pergerakan dan tahap kesihatan anak mereka supaya langkah pencegahan boleh diambil.
“Ada ibu bapa beranggapan cuti itu cuma suka-suka, sekali gus membiarkan anak mereka bermain di luar rumah.
“Tindakan itu salah kerana cuti bertujuan menjaga keselamatan pelajar daripada bahaya jerebu.
“Walaupun cuti, seharusnya aspek keselamatan, kesihatan dan proses pembelajaran dimanfaat dengan baik,” katanya.