10 October 2015

HARI SUKAN NEGARA

Hari ini adalah Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh negara, termasuklah di SMK Telok kerang.
 
Sebenarnya, pencapaian sukan berprestasi tinggi tetap menjadi keutamaan kementerian dan semua pemegang taruh yang terlibat. Sukan bukan hanya tentang atlet elit yang di harap bakal dikalungkan pingat di podium antarabangsa. Sukan massa atau sukan untuk semua – untuk kita, keluarga kita, dan rakan-rakan kita – merupakan komponen yang sangat penting dalam perancangan dasar sukan negara. 

Inilah sebab kenapa kita perlu membina sebuah negara bersukan. Realitinya, kadar penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti fizikal dan sukan tidak sampai 40% berbanding negara-negara bersukan seperti Australia, Jepun dan United Kingdom yang melebihi 60%. Bila kadar penglibatan di Malaysia rendah, sukan tidak terterap dalam budaya dan gaya hidup kita. Saya percaya rakyat Malaysia cintakan sukan.

Namun walaupun negara kita dipenuhi dengan pencinta dan pengkritik sukan, gelaran negara bersukan masih jauh dari genggaman Malaysia. Budaya ini memberi impak kepada pencapaian kita di peringkat tertinggi. Bila tiada budaya bersukan, tapak penyertaan sukan kita semakin menyusut. Bila tiada budaya bersukan, ibubapa tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk menyemai minat dan mengasah bakat dalam sukan. Bila tidak ramai anak kecil kita yang bersukan, amat sukar bagi Malaysia mencari pengganti Chong Wei, Nicol, Pandelela dan Azizul. 

Natijahnya, usaha menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif ini bakal mencetuskan satu gerakan yang mampu meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus membentuk lebih ramai bintang-bintang sukan untuk masa hadapan.

























SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :