Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin menjelaskan, PISA merupakan penandaarasan antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) membuat ukuran berdasarkan tiga domain iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik.
Beliau berkata, Malaysia memperoleh peningkatan skor bagi ketiga-tiga domain itu yang sekali gus menggambarkan keberkesanan keseluruhan sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini.
“Skor literasi saintifik yang dicapai adalah 443 mata iaitu peningkatan 23 mata berbanding PISA 2012 manakala bagi literasi bacaan pula, skor dicapai adalah 431 mata yang merupakan peningkatan 33 mata.
“Literasi matematik menunjukkan skor dicapai adalah 446 mata iaitu meningkat sebanyak 25 mata,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman PISA 2015 di sini semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pencapaian-pisa-2015-malaysia-meningkat-1.417321#sthash.hG94pEo5.dpuf