Tahniah kepada Unit Pengurusan Kokurikulum. SMKTK Cemerlang.
27 January 2017
Mesyuarat Agung Kelab Persatuan Akademik dan Sukan Pemainan 2017
Tahniah kepada Unit Pengurusan Kokurikulum. SMKTK Cemerlang.
Pertandingan Ping Pong MSSD Pontian 2017
Pertandingan Ping Pong MSSD Pontian 2017 telah diadakan pada 23 dan 24 Januari yang lalu bertempat SJKC Pei Chun, anjuran SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman.
Dua daripada 11 peserta SMKTK layak ke peringkat suku akhir iaitu adik Joan Lee Jing Wen (kategori perempuan terbuka) dan adik MH Firdaus Iskadar (kategori lelaki bukan cina). Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, pengurus (Cikgu Norazrin) dan jurulatih (Cikgu Azman) yang telah berlatih dan menyertai pertandingan tersebut.
SMKTK Cemerlang.
26 January 2017
Aktiviti Murid 5 Landskap Untuk Keceriaan Sekolah
Semoga warga SMKTK dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya dan bermanfaat untuk semua. Terima kasih sekali lagi kepada murid 5 Landskap.
SMKTK Cemerlang.
Persiapan Program Jom Solat Zohor Dulu
Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektifnya iaitu melahirkan individu yang mengambilberat persoalan solat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan idea, tenaga dan wang ringgit, semoga pengorbanan tuan puan akan dinilai sebagai amal jariah yang berpanjangan.
SMKTK Cemerlang.
24 January 2017
Tahniah Juara Perlawanan Persahabatan Bola Tampar MRSMTDI Vs SMKTK
Tahniah kepada semua pemain pasukan bola tampar SMKTK bagi semua kategori yang menjuarai perlawanan persahabatan yang diadakan pada hari Sabtu, 21hb Januari 2017. Tahniah kepada guru-guru bola tampar yang proaktif dan berinisiatif membina jaringan perhubungan bersama institusi luar dengan menganjurkan perlawanan persahabatan ini.
Semoga perlawanan persahabatan ini memberi motivasi positif kepada pemain untuk mencapai kecemerlangan dalam kejohanan bola tampar 2017.
SMKTK Cemerlang.
Semoga perlawanan persahabatan ini memberi motivasi positif kepada pemain untuk mencapai kecemerlangan dalam kejohanan bola tampar 2017.
SMKTK Cemerlang.
LDP Peningkatan Profesionalisme Guru dan AKP
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali-2 berkaitan Peningkatan Profesionalisme Guru dan AKP telah diadakan pada hari Ahad, 22hb Januari 2017 bermula jam 2.30 dan tamat sekitar 5.15 petang. LDP yang sangat bersemangat dan sarat dengan maklumat itu telah disampaikan oleh En. Mohd Dawi bin Ithnin dan Dr Akma Abdul Hamid (Pensyarah Kanan, Institut Aminuddin Baki).
LDP berfokus kepada peranan, tugas dan tanggungjawab setiap individu di dalam sekolah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan Falsafah Pendidikan dicapai. Perkongsian pengalaman penceramah sebagai pendidik banyak memberi panduan kepada guru khususnya.
Terima kasih kepada kedua-dua penceramah. Semoga ilmu yang kongsi akan memberi manfaat kepada kami dan anak didik seterusnya mencapai objektif pendidikan.
SMKTK Cemerlang.
20 January 2017
Tahniah Naib Johan Sepak Takraw B18 Daerah Pontian 2017
Alhamdulillah..kejayaan kokurikulum pertama bagi tahun 2017. Tahniah kepada pemain Team B sepak takraw B18 dan guru (selaku jurulatih dan guru pengiring) yang berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Sepak Takraw MSSM Daerah Pontian yang telah diadakan pada 17-19 Januari yang lalu. Team A tidak berjaya mara ke pusingan seterusya apabila tewas kepada SMK SMKDMYS, walaupun telah menewaskan SMA Annur dan SMKPB sebelum itu.
Dua pemain SMKTK terpilih untuk perlawanan peringkat negeri iaitu adik Hamzah bin Abdul Kader (5L) dan MH Firdaus (5SA). Tahniah kepada mereka berdua. Bagi kategori B15, kedua-dua pasukan SMKTK gagal mendapat sebarang tempat.
Tahniah sekali lagi, semoga kejayaan ini akan menjadi detik permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang.
SMKTK Cemerlang.
Tatacara Murid Pulang dari Sekolah
Seperti biasa, murid diminta untuk berbaris kemas secara berdua-dua disepanjang susur gajah sebelum dibenarkan keluar dengan pemantauan Guru Disiplin dan Guru Bertugas. Murid yang menunggang dan membonceng motorsikal hanya dibenarkan bergerak setelah semua pejalan kaki keluar dari kawasan sekolah bagi mengelakan kesesakan dan memastikan keselamatan murid dan pengguna jalanraya yang lain.
SMKTK Cemerlang.
Majlis Lantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Tingkatan, SLB dan PRS
Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Tingkatan, Student Leaders Board (SLB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi tahun 2017. Semoga lantikan ini akan memberikan suntikan semangat dan keyakinan diri kepada anda untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan dengan sebaik-baiknya.
Majlis lantikan ini dijalankan secara ringkas tetapi mencapai objektif yang ditetapkan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan penyampaian sijil lantikan oleh Tuan Pengetua, bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas Sekolah dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua.
Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru dan kakitangan yang membantu menjayakan majlis ini.
SMKTK Cemerlang.