26 May 2017

Terima Kasih Cikgu Hajah Junainah binti Barlin dan Selamat Bersara













Hari Khamis 25hb Mei 2017 (semalam), merupakan hari terakhir bagi Pn. Hjh. Junainah  atau kami lebih mengenalinya sebagai Cikgu Jun secara rasminya bergelar guru yang berkhidmat di SMKTK.  Jasa dan sumbangan cikgu Jun tetap akan terpahat dalam ingatan dan tercatat sejarah SMKTK.  Majlis Persaraan cikgu Jun telah disambut pagi Khamis lalu di Dewan Terbuka SMKTK.  Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, perarakan dan persembahan murid seperti silat dan tarian tradisional.  Majlis diteruskan dengan ucapan pengetua dan ucapan cikgu Jun selepas bacaan biodata beliau oleh cikgu Zamri dan Pn Normasheila.  Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan bersalaman sambil berselawat.

Kami memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang tempoh cikgu Jun bertugas di SMKTK (bermula 1999, 18 tahun lalu).  Doa kami, semoga cikgu Jun dikurniakan kesihatan, dipermudahan semua urusan dan dimewahkan rezeki bersama keluarga tersayang.  

Selamat bersara dan terima kasih cikgu.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :