27 October 2017

Tahniah...Tempat Ke-2 Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Negeri Johor 2016/2017










Alhamdulillah...Tahniah kepada semua warga SMKTK atas kejayaan merangkul tempat Ke-2 Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2017/2018 (SLAAS17/18) Peringkat Negeri Johor.  Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah dibuat oleh YB Datuk Haji Ayob bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara di Dataran Segamat pada 22hb Oktober 2017 yang lalu.  Anugerah ini adalah pengiktirafan Jabatan Alam Sekitar, Lestari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelbagai agensi lain di atas usaha pihak sekolah (murid, guru, kakitangan dan masyarakat sekitar) menjadikan SMKTK sebagai institusi pendidikan yang menitikberatkan elemen lestari dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

SMKTK dianugerahkan sebuah piala, Sijil Penganugerahan SLAAS17/18, wang tunai bernilai RM1,000.00 dan sebuah hamper bahan makanan.

Tahniah sekali lagi kepada semua warga SMKTK dan terima kasih.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :