10 November 2017

Tahniah..Tempat Ke-4 Pertandingan Problem Based Learning for Low Carbon Society 2017








Alhamdulillah...setelah setahun mengharungi sesi PdPc PBL yang sangat mencabar dengan kekangan masa, kemahiran dan sebagainya, akhirnya SMKTK berjaya menghantar satu kumpulan untuk pembentangan akhir Pertandingan PBL for LCS 2017 di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 

Majlis pada 6hb November itu telah dihadiri lebih 250 penonton dan panel penilai dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa seperti Japan International Cooperation Agency (JICA), Kyoto Environmental Activities Association (KEAA), Iskandar Region Development Agency (IRDA), UTM dan JPNJ.  Pemenang tempat pertama, menerima sebuah piala, sijil penyertaan, cenderahati dan tiket penerbangan ke Kyoto, Jepun untuk menyaksikan sendiri pelaksanaan LCS di sana.

Kumpulan METRO dari SMKTK telah membentangkan hasil kajian mereka berkaitan kaedah mengatasi karbon yang dihasilkan daripada asap motorsikal yang ditunggang oleh murid-murid SMKTK.  Pembentangan dan sesi soal jawab dalam bahasa inggeris itu berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan padu dari rakan dan lawan.

Tahniah kepada 5 guru dan 27 murid yang terlibat secara langsug dengan PBL for LCS kali ini.  Terima kasih kepada semua yang membantu pelaksanaan PBL, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNya.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :