Alhamdulillah...sempurna sudah Majlis Graduasi Tingkatan 5, Kali Ke-7 Tahun 2017 pada 22hb Oktober 2017 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Ir. Datuk Hasni bin Haji Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Negeri Johor. Seramai 149 calon SPM 2017 diraikan dalam majlis rasmi terakhir sebelum mereka menghadapi peperiksaan SPM pada 6hb November 2017. Majlis bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang.
Tahniah kepada murid yang menerima Anugerah Khas dan semua yang menjayakan majlis Graduasi kali ini. Semoga majlis graduasi ini menjadi pembuka jalan kepada murid untuk beberapa majlis graduasi @ konvokesyen sebenar di masadepan.
JK Majlis Graduasi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Graduasi Kali Ke-7 Tahun 2017, penyumbang-penyumbang kewangan dan sebagainya, semoga usaha tuan-puan akan dibalas dengan kebaikan berlipat kali ganda.
SMKTK Cemerlang.