Alhamdulillah...Karnival Kokurikulum sempena Jubli Emas SMK Telok Kerang tahun 2017 telah selamat dilaksanakan dengan meriah pada 21 dan 22hb Oktober yang lalu. Pelbagai aktiviti disediakan yang melibatkan banyak agensi kerajaan, swasta dan persendirian. Penglibatan ibubapa, komuniti setempat dan bekas murid SMKTK (alumni SMKTK) juga sangat membantu memeriahkan sambutan karnival kali ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu sehingga karnival sebesar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha dan sumbangan kalian akan dinilai sebagai amal jariah yang berpanjangan. Kami juga memohon maaf kepada semua pengunjung dan peserta atas segala kelemahan dan kekurangan di sana-sini (jika ada). Anda semua memang hebat.
SMKTK Cemerlang.