22 November 2017

Mesyuarat Akhir Tahun 2017


Mesyuarat Akhir Tahun 2017 telah dilaksanakan pada hari Ahad, 19hb Nov 2017 di Bilik Mesyuarat SMKTK.  Minit curai yang dapat dicatat seperti di bawah.

Pesanan Tn Pengetua :
1. Terima kasih atas usaha semua sepanjang tahun 2017 dan tahniah atas pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
2. Semua guru diigatkan supaya melakukan refleksi ke atas aktiviti dan merancang menambahbaik program dan segala kelemahan yang dikenalpasti utuk tahun 2018.
3. Kemaskini dan tingkatkan pengurusan kurikulum, kokurikulum, bilik-bilik khas dan sebagainya.
4. Penyediaan eviden SKPMg2 sedang rancak dilaksanakan oleh guru-guru.  Terima kasih atas komitment dan dedikasi semua guru.

Pesanan PK Pentadbiran :
1. Aktiviti perlu mematuhi takwim yang telah dirancang.
2. Terima kasih kepada semua guru atas pelaksanaan semua program kurikulum (31 program tersenarai dalam buku paduan) sepanjang tahun 2017. Semoga segala usaha guru-guru dibalas dengan sebaik-baik balasan.
3. Penerangan PPPM 2013-2025.
4. Bersedia menerima perubahan 2018, Tanggungjawab Sebagai Guru Sejati.

Pesanan PK HEM :
1. Terima kasih atas kerjasama semua guru atas usaha kita semua mendidik murid supaya menjadi murid yang seimbang.
2. Penyediaan eviden SKPMg2 unit HEM sedang dilakukan.
3. Kemaskini dokumen rasmi sekolah seperti Buku Rekod Kehadiran Murid, pelbagai data on-line dan sebagainya.

Pesanan PK Kokurikulum :
1. Terima kasih atas komitment menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang 2017 dengan segala kejayaan yang membanggakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
2. Post mortem Sambutan Karnival Kokurikulum Jubli Emas SMK Telok Kerang 2017.
3. Selamat Datang 2018.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :