Alhamdulillah..projek pertanian dapat diteruskan tahun ini. Insyaallah, kami akan menanam cili centil. Kerja-kerja menyediakan tapak penanaman bermula awal Januari dengan membersihkan rumpai, membaikpulih sistem pengairan ferigasi dan rumah lindungan hujan serta menyediakan medium tanaman iaitu serbuk sabut. Kami mengguna semula sebahagian medium tanaman dan kayu pancang kerana ia masih dalam keadaan baik dan sebagai langkah penjimatan. Kami akan memperbaiki segala kelemahan yang telah dikenapasti pada projek penanaman tahun lalu seperti pengurusan tanaman dan jualan yang lebih baik.
Projek penanaman cili centil secara fertigasi ini adalah sebahagian aktiviti serampang dua mata iaitu :
1. memenuhi keperluan DSKP MPEI Pertanian Tingkatan 5
2. memberi kesedaran kepada murid bahawa Pertanian itu Perniagaan (
Carbon Entrepreneur)
3. menerapkan elemen lestari dan
Natural Farming dalam aktiviti sekolah
4. menyuburkan nilai murni murid seperti bertanggungjawab dan jujur.
Semoga usaha kami berhasil...ameen
SMKTK Cemerlang.