18 July 2018

Projek Penanaman Terung Secara Fertigasi (Siri 1 : Mac - Mei)














  


  

Murid tingkatan 4 dan 5 yang mengambil MPEI Pertanian dan MPEI Perniagaan sedang mengusahakan projek penanaman terung secara fertigasi.  Objektif pelaksanaan projek ini adalah (1) sebahagian projek Kelas Rancangan Usahawan (KRU) anjuran JCorp (2) sebahagian aktiviti sekolah Lestari (3) menceria dan mencantikkan persekitaran sekolah (4) aktiviti pengayaan pengalaman murid berkaitan pertanian.

Projek ini telah bermula dengan menyemai biji benih, memindah anak benih ke dalam polibeg dan proses penjagaan.  Kini, pokok terung yang ditanam telah mula berbunga dan dijangka dalam 2-3 minggu lagi akan mengeluarkan hasil pertama.  Ini merupakan kali pertama kami mengusahakan penananam terung ungu panjang (Solanum melongena Linn) secara fertigasi.

Tahniah kepada murid yang terlibat, semoga usaha kita ini bermanfaat.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :