18 July 2018

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah





Alhamdulillah...majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2018 telah selamat dilaksanakan dalam suasana sederhana tetapi meriah pada Rabu, 4hb Julai yang lalu.  Setiap tingkatan telah berkerjasama menjayakan majlis itu bermula daripada proses pengemasan tempat, penyediaan jamuan, ucapan dan sebagainya.  Guru-guru telah dibahagikan kepada lima kumpulan marhaban yang akan menziarah tingkatan yang telah ditetapkan.  Majlis dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai di setiap tingkatan sebelum bacaan doa dan ucapan wakil guru dan murid.  Majlis diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.

Semoga majlis ini akan mendidik murid nilai-nilai baik yang akan terus diamalkan dalam masyarakat kelak.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :