Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts

30 May 2019

Design For Change


Mohon semua pembaca blog SMKTK dapat view dan share 2 video youtube berikut melalui https://youtu.be/mGGFI0Onw3E.  Doakan kami terpilih untuk menyertai Children Global Summit 2019.



03 January 2019

Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Tahun 2019









Pendaftaran murid tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2019 telah diadakan pada 30hb Disember 2018 yang lalu.  Selamat datang kepada murid baharu tingkatan 1 tahun 2019, semoga anda dapat meneruskan pembelajaran di SMKTK dengan baik dan mencapai kecemerlangan.  

SMKTK Cemerlang.

02 March 2018

Pelancaran Program Sekolah Selamat Bersama PDRM










Alhamdulillah..pelancaran program Sekolah Selamat Bersama PDRM telah selamat dilaksanakan  pada pagi Rabu 28hb Februari yang lalu.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan dan pelancaran program oleh Tn Pengetua sebelum diikuti dengan ucapan Tn Inspektor Jazrul bin JAmaluddin (Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM).

Program diteruskan dengan ceramah keselamatan oleh Tn Jos bin Guntalib (Pegawai bahagian Persenjataan PDRM) selama hampir sejam dan diteruskan dengan pameran berkaitan narkotik, keselamatan jalanraya dan persenjataan.  Konsultasi khusus kepada 36 murid terpilih juga diadakanbagi memberi kesedaran tentang kepentingan patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang negara.

Semoga program ini memberi manfaat kepada warga SMKTK.

SMKTK Cemerlang.

08 September 2016

Zika




12 May 2016

Kursus Imam Remaja 2016



51 murid (lelaki dan perempuan) SMK Telok Kerang telah menyempurnakan Kursus Imam Remaja 2016 pada 2hb April yang lalu.  Kursus anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Hal Ehwal Murid itu berlangsung selama 1 hari dan dipenuhi dengan ceramah dan amali berkaitan tanggungjawab seorang imam.  Semoga peserta kursus dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mengajak rakan-rakan lain untuk mendirikan solat secara berjemaah.

Tahniah semua Imam Remaja SMK Telok Kerag...SMKTK Cemerlang.

28 June 2015

HARI JALINAN MESRA

Hari Jalinan Mesra iaitu hari pertemuan antara guru-guru tingkatan, ibu bapa dan pelajar-pelajar telah di adakan pada hari Ahad 28 Jun 2015. Majlis ini adalah untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan prestasi pelajar-pelajar dalam akademik dan sahsiah diri pelajar-pelajar. Bebarapa kaunter mata pelajaran juga dibuka untuk ibu bapa mendapat maklumat mengenainya. Kehadiran ibu bapa adalah menggalakkan sehingga mencapai 90 peratus kehadiran.