Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

27 August 2017

Mesyuarat JK PIBG : Majlis Solat Hajat Perdana 2017

Tahniah kepada Yang Dipertua PIBG SMK Telok Kerang, Tn Hj Mohd Foad bin Hj Jawadi atas inisiatif beliau dan JK PIBG untuk mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan pelakasanakan Majlis Solat Hajat Perdana 2017.  Inisiatif ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen PIBG, semua ibubapa dan penjaga terhadap pencapaian anak-anak SMKTK yang akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM beberapa bulan lagi.

Semoga majlis solat hajat yang dirancang akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai segala yang dihajati...Amiinn.

SMKTK Cemerlang.

10 August 2017

Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Peperiksaan Percubaan SPM 2017 bagi calon SMKTK telah bermula pada 7hb Ogos dan tamat [ada 21hb Ogos 2017.  Peperiksaan diadakan di kelas masing-masing dengan suasana peperiksaan SPM sebenar.  Tahniah kepada Unit Peperiksaan Dalaman SMKTK.

Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan sempurna dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

SMKTK Cemerlang.

31 December 2016

Takwim Peperiksaan Awam 2017

10 August 2016

Peperiksaan Percubaan SPM 2016

Calon SPM 2016 sedang dan akan mengahadapi peperiksaan percubaan SPM bermula Ahad (8hb Ogos 2016) dan tamat pada Khamis (18hb Ogos 2016)..Insyaallah.  Peperiksaan dijalankan di kelas masing-masing bagi mengelakkan gangguan bunyi bising dari kawasan pembinaan dewan terbuka.  Prosedur dan peraturan peperiksaan SPM sebenar dilaksanakan bagi memastikan calon kerasai dan mematuhi keadaan peperiksaan sebenar.

Kami guru berada disamping semua calon dan sentiasa mendoakan anda semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.  Mohon Kerjasama ibu bapa dan penjaga bagi calon SPM 2016 agar dapat memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah dan mendoakan kejayaan mereka.

SMKTK Cemerlang.

02 August 2016

Peperiksaan Percubaan PT3 Tahun 2016

Calon PT3 SMK Telok Kerang tahun 2016 sedang menghadapi Peperiksaan Percubaan PT3.  Peperiksaan tersebut bermula pada Isnin, 1hb Ogos dan tamat pada Khamis, 4hb Ogos 2016.

Mohon kerjasama ibubapa dan penjaga calon PT3 agar dapat memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah dan mendoakan agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang.  Aminn.