Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SMKTK atas usaha yang konsisten dalam melaksanakan aktiviti lestari di sekolah. Anugerah tempat pertama Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2018/2019 ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan panel juri profesional yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain atas segala usaha yang warga SMKTK laksanakan. Semoga kita semua dapat meneruskan usaha lestari ini dan segala usaha kita dinilai sebagai amal kebajikan.
Showing posts with label Sekolah Lestari. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Lestari. Show all posts
04 November 2019
Pemasangan Sistem Pengairan Titisan di Kawasan Limau Kasturi
Pemasangan sistem pengairan titisan telah dipasang di kawasan penanaman limau kasturi oleh murid 4 dan 5 Landskap. Objektif pemasangannya adalah untuk membekalkan air secara effisien kepada tanaman terutama pada cuaca panas. Kerja-kerja pemasangan dan ujian dilakukan pada 3 dan 4hb September 2019. Sistem pengairan mula beroperasi sepenuhnya pada 4hb Sep 2019.
Semoga sistem ini dapat berfungsi dengan baik dan meningkatkan hasil limau kasturi.
SMKTK Cemerlang.
Program Pemeliharaan Potensi Refugia Perikanan
SMKTK Cemerlang.
04 September 2019
Pertandingan Terrarium Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019
SMKTK Cemerlang
08 August 2019
Penjagaan Taman Kelab Persatuan
Aktiviti penjagaan taman-taman sekolah oleh ahli Kelab dan Persatuan telah diadakan pada Rabu (25hb Julai) yang lalu. Kerja penyelenggaraan yang dijalankan termasuk merumpai, menggembur kawasan pangkal pokok dan menabur baja organik. Terima kasih kepada murid yang terlibat dan guru pembimbing yang turut sama melekukakan kerja penjagaan taman. Semoga usaha anda semua dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
SMKTK Cemerlang.
SMKTK Cemerlang.
28 July 2019
Tahniah...Gold Medal RCE Iskandar Sustainable and Low Carbon School Exhibition 2019
SMKTK Cemerlang.













































