Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

18 February 2019

Kejohanan Sukan & Olahraga kali ke-46 Tahun 2019


Kejohanan Sukan & Olahraga tahunan SMK Telok Kerang telah dilangsungkan pada hari Khamis
14 Februari 2019. Kejohanan berlangsung di padang SMKTK. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Kopli bin Yusuf ,Pengurus Besar Tanjung Bin Energy Power Plant. Terima Kasih diucapkan kepada beliau.

En. Mohd Kopli bin Yusuf memberi kata-kata semangat pada para atlet bertanding

Penyampaian cenderahati kepada perasmi, En. Mohd Kopli bin Yusuf

Persiapan untuk perbarisan

Kontinjen Pendidikan Khas

Acara perbarisan rumah sukan

Acara perbarisan rumah sukan

Acara perbarisan rumah sukan

Sesi lintas hormat bendera kejohanan

Sesi menaikkan bendera kejohanan

Sesi pembacaan Ikrar Kejohanan

Acara Lompat Jauh Perempuan 

 



Keputusan keseluruhan Kejohanan Sukan & Olahraga:

Johan  -  Rumah Perwira (Merah)
Naib Johan  -  Rumah Pahlawan (Biru)
Ketiga  -  Rumah Pendekar (Kuning)
Keempat  -  Rumah Panglima (Hijau)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan para atlit bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah!!

Majulah Sukan Untuk Negara,
1 Murid 1 Sukan,
Belajar Untuk Berbakti,
SMKTK Cemerlang.

16 January 2019

Kejohanan Merentas Desa SMKTK 2019





Alhamdulillah...Kejohanan Merentas Desa Tahun 2019 telah selamat dilaksanakan.  Majlis bermula dengan taklimat pengurusan oleh Ketua Rumah masing-masing dan senaman memanaskan badan sebelum pelari (mengikut kategori) dilepaskan oleh Pengetua.  Laluan merentas desa sejauh lebih kurang 6 km (kategori lelaki) dan 5.3 km (kategori perempuan) itu melalui beberapa buah kampong seperti Pt Sufian, Pt. Wer dan Kg Telok Kerang.

Tahniah kepada Pengurusan Kokurikulum SMKTK, semua murid, guru, AKP dan pekerja swasta yang telah membantu sehingga kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan selamat dan mencapai objektifnya.  

Majulah Sukan untuk Negara
1Murid 1Sukan
Belajar untuk Berbakti
SMKTK Cemerlang

Sukantara SMKTK kali ke-46 tahun 2019







Sukantara SMKTK kali ke-46 telah dilaksanakan pada hari Isnin, 14hb Januari 2019.  Acara yang bermula jam 2.00 petang dan tamat sekitar 6.00 petang itu mempertandingakan 2 acara sukan iaitu acara larian (100M dan 400M) dan lontar peluru bagi kategori A dan B, lelaki dan perempuan.

Tahniah diucapkan kepada pengelola, guru-guru dan semua ahli rumah sukan yang telah memberi kerjasama terbaik sehingga semua acara dapat dipertandingkan dengan selamat dan lancar seperti dirancang.

Belajar untuk Berbakti
SMKTK Cemerlang

04 March 2018

Tahniah...Pingat Emas Pertama Kejohanan MSSD 2018


Tahniah kepada adik Mohammad Faris bin Mohammad Zakei atas sumbangan pingat emas pertama SMKTK dalam Kejohanan Olahraga MSSD Pontian di Padang SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at dan Stadium Educity, Kali ke-51, pada 4-6 Mac 2018.  Adik Faris mengambil bahagian dalam acara Lompat Kijang dan jarak terbaiknya adalah 12.51meter.  Tahniah juga kepada Team SMKTK termasuk jurulatih, guru pengiring dan semua yang membantu kejayaan ini.

Semoga lebih banyak kecemerlangan selepas ini...amiin

SMKTK Cemerlang.

13 February 2017

Sukantara SMK Telok Kerang Kali ke-44 Tahun 2017







Sukantara SMKTK kali ke-44 telah dilaksanakan pada hari Rabu, 8hb Februari 2017.  Acara yang bermula jam 2.00 petang dan tamat sekitar 5.00 petang itu mempertandingakan 2 acara sukan iaitu acara larian (100M dan 400M) dan lontar peluru bagi kategori A dan B, lelaki dan perempuan.

Tahniah diucapkan kepada pengelola, guru-guru dan semua ahli rumah sukan yang telah memberi kerjasama terbaik sehingga semua acara dapat dipertandingkan dengan selamat dan lancar seperti dirancang.  Tahniah kepada ahli dan guru Rumah Biru yang berjaya mengungguli sukantara kali ini dengan pungutan mata sebanyak 174 mata, diikuti Rumah Merah (159 mata), Rumah Hijau (130 mata) dan Rumah Kuning (122 mata).

SMKTK Cemerlang.

10 October 2015

HARI SUKAN NEGARA

Hari ini adalah Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh negara, termasuklah di SMK Telok kerang.
 
Sebenarnya, pencapaian sukan berprestasi tinggi tetap menjadi keutamaan kementerian dan semua pemegang taruh yang terlibat. Sukan bukan hanya tentang atlet elit yang di harap bakal dikalungkan pingat di podium antarabangsa. Sukan massa atau sukan untuk semua – untuk kita, keluarga kita, dan rakan-rakan kita – merupakan komponen yang sangat penting dalam perancangan dasar sukan negara. 

Inilah sebab kenapa kita perlu membina sebuah negara bersukan. Realitinya, kadar penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti fizikal dan sukan tidak sampai 40% berbanding negara-negara bersukan seperti Australia, Jepun dan United Kingdom yang melebihi 60%. Bila kadar penglibatan di Malaysia rendah, sukan tidak terterap dalam budaya dan gaya hidup kita. Saya percaya rakyat Malaysia cintakan sukan.

Namun walaupun negara kita dipenuhi dengan pencinta dan pengkritik sukan, gelaran negara bersukan masih jauh dari genggaman Malaysia. Budaya ini memberi impak kepada pencapaian kita di peringkat tertinggi. Bila tiada budaya bersukan, tapak penyertaan sukan kita semakin menyusut. Bila tiada budaya bersukan, ibubapa tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk menyemai minat dan mengasah bakat dalam sukan. Bila tidak ramai anak kecil kita yang bersukan, amat sukar bagi Malaysia mencari pengganti Chong Wei, Nicol, Pandelela dan Azizul. 

Natijahnya, usaha menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif ini bakal mencetuskan satu gerakan yang mampu meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus membentuk lebih ramai bintang-bintang sukan untuk masa hadapan.