Showing posts with label kemenjadian murid. Show all posts
Showing posts with label kemenjadian murid. Show all posts

21 November 2019

Majlis Persaraan Yang Dikasihi Tn Pengetua, Pn Hjh Azizah binti Omar





Setelah 5 tahun mencurah bakti di SMKTK. Tn Pengetua Pn Hjh Azizah binti Omar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam bidang pendidikan.  Satu majlis khas telah diaturkan oleh KGKT dan warga SMKTK untuk menyambut majlis persaraan beliau. Majlis bertemakan bangsawan itu disambut dengan meriah melibatkan kerjasama murid, guru dan PIBG pada Ahad 10hb November 2019.  Murid- murid berpakaian seragam sekolah dengan kain batik atau kain pelekat dijadikan tudung atau selempang.  Guru dan kakitangan lelaki berpakaian baju melayu lengkap bertanjak dan guru perempuan berpakaian songket.  Majlis diserikan dengan perarakan Tn Pengetua dan suami diiringi gamelan secara langsung, acara silat oleh murid, doa, persembahan guru, ucapan-ucapan dan penyampaian cenderahati kepada yang dirai.









Kami, warga SMKTK memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan samada disedari atau tidak.  Doa kami untuk Pn Hjh Azizah sekeluarga, semoga dikurniakan umur panjang lagi berkat, badan sihat walafiat, kekuatan melaksanakan ibadat, keluarga yang menyenangkan dan segala kebaikan di dunia dan akhirat.  Semoga ukhuwah kita terus terpelihara.

SMKTK Cemerlang.

04 November 2019

Tahniah...Tempat Pertama Sekolah Lestari Negeri Johor 2018/19



Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SMKTK atas usaha yang konsisten dalam melaksanakan aktiviti lestari di sekolah.  Anugerah tempat pertama Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2018/2019 ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan panel juri profesional yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain atas segala usaha yang warga SMKTK laksanakan.  Semoga kita semua dapat meneruskan usaha lestari ini dan segala usaha kita dinilai sebagai amal kebajikan.







SMK Lestari, SMKTK Cemerlang.

Lambaian Kasih Tingkatan 5


Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada JK kerja yang berjaya melaksanakan majlis tersebut pada hari Khamis, 31hb Oktober yang lalu.  Majlis ini menjadi platform terakhir kepada guru untuk memberi motivasi dan nasihat sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan SPM fasa 2 yang bermula pada 5hb Nov 2019.  Semoga majlis ini menjadi kenangan manis kepada semua yang terlibat. Terima kasih semua.


 

 









SMKTK Cemerlang.

04 September 2019

Sambutan Hari Kokurikulum 2019


Sambutan Hari Kokurikulum tahun 2019 telah dilaksanakan pada 29hb Ogos 2019 yang lalu.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti gerai jualan, pameran agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan, pelbagai pertandingan dan permainan dan sebagainya.  Majlis dimulakan jam 7.20 pagi dengan bacaan surah Yasin, majlis perasmian, senaman aerobik dan lain-lain.  Hari kokurikulum ini turut dihadiri oleh komuniti setempat, bekas murid, ibubapa dan penjaga murid.  Tahniah kepada semua yang telah menjayakan hari kokurikulum tahun ini, semoga segala tuan puan akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dariNya.









SMKTK Cemerlang.

Pertandingan Terrarium Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019


Tahniah dan terima kasih kepada guru dan peserta yang telah menyertai pertandingan terrarium sempena hari kebangsaan kali ke-62 tahun 2019.  Pertandingan ini dianjuran oleh Majlis Daerah Pontian dan berlangsung pada hari Isnin, 6hb Ogos 2019 di Dewan Jubli Intan Pontian.  Tahniah kepada semua peserta SMKTK kerana berjaya mendapat saguhati dalam pertandinagn kali pertama diadakan ini.

SMKTK Cemerlang





Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah


Sambutan hari Kebangsaan ke-62 peringkat sekolah telah diadakan pada 28hb Oktober 2019.  Pelbagai acara telah disusun dan dilaksanakan bagi menyemai dan menyuburkan semangat kecintaan kepada negara dan mengekalkan keamanan negara.  Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.  

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.  SMKTK Cemerlang.