Masih belum terlambat untuk kita mengucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Nurul Syuhada bt Md Yatim yang telah melangsungkan hari perkahwinannya dengan pilihan hati iaitu Mohd Ashadi b Jaafar yang berasal dari Ampang, K Lumpur. Majlis pernikahan telah dilangsungkan di rumah keluarganya pada hari Sabtu 1 Disember 2012 manakala majlis resepsi pula telah diadakan di Dewan Jublee Intan, bandar Pontian pada hari Ahad 2 Disember 2012. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ramai
jemputan, saudara-mara dan sahabat handai itu
untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan hari bahagia Cikgu Syuhada.
Selamat pengantin baru Cikgu Syuhada. Semoga berbahagia disamping
suami tercinta.
12 April 2013
10 April 2013
PELANCARAN PERSATUAN ALUMNI SMK TELOK KERANG
Pada hari Sabtu 16 Mac 2013 yang lalu secara rasminya telah tertubuh Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Telok kerang. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berbahagia Prof. Dr. Hj. Awang b Hj. Sariyan semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36.
Di antara tujuan dan matlamat penubuhan persatuan alumni ini ialah:
- Menghimpunkan semula bekas pelajar-pelajar SMR/SM/SMK Telok Kerang.
- Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Persatuan Alumni dengan SMK Telok Kerang.
- Mewujudkan rangkaian perhubungan dalam menjalin persefahaman ke arah mencapai misi dan visi SMK Telok Kerang.
- Merancang, mengatur dan melaksanakan aktiviti yang boleh menjana idea dan pemikiran yang boleh membangunkan persatuan.
- Berperanan sebagai sebuah unit sokongan untuk memelihara dan mempertingkatkan kecemerlangan sekolah.
- Memantapkan kerjasama erat dengan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategik untuk membantu pelajar-pelajar SMK Telok Kerang.
- Mewujudkan tabungan kewangan bagi membantu sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan infrastruktur sekolah.
Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SMK Telok Kerang
Penaung:
Prof. Dr. Hj. Awang b Hj. Sariyan
Pengerusi:
Hj. Md. Daluis b Hj. Sadini
Naib Pengerusi:
En. Zamri b Ismail
Setiausaha:
En. Hasan b Kasmuri
Bendahari:
Hj. Anas b Mohamad
Ahli Jawatankuasa:
En. Mohd Ishak b Mahbob
En. Abdullah Sani b Salleh
En. Md Akil b Adam
Hj. Omar b Hj. Ahmad
En. Hermannazif b Halil
Hj. Md Shah b Sairan
En. Mohd Muslim b Japri
En. Badrul Hadi b Hj. Ahmad
Pemeriksa Kira-kira:
Cik Roszana bt Ismail
En. Mohd Syukri b Yazed
SOKONGLAH PERSATUAN ALUMNI SMK TELOK KERANG
PROGRAM MENTOR-MENTEE PELAJAR-PELAJAR PMR DAN SPM 2013
Pagi ini di Dataran Ilmu sekolah, telah berlangsung pelancaran Program Mentor-Mentee Pelajar-pelajar PMR dan SPM 2013. Seramai 50 orang guru telah diberi tanggungjawab untuk menerima dan membimbing di antara 5 hingga 6 orang mentee dan dijadikan sebagai anak angkat masing-masing. Para mentor begitu mesra menyambut dan menerima mentee-mentee yang telah ditetapkan untuk mereka di atas astaka.
Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru (mentor) dan pelajar (mentee) melibatkan tindakan seperti pertemuan, membimbing, menyokong, mengambil tahu, menjaga kebajikan, mewujudkan kemesraan, memberi perhatian, dan memberi nasihat ke arah kejayaan pelajar-pelajar mentee.
Dengan kata-kata 'Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang', program ini telah disempurnakan dengan bersahaja namun begitu mesra oleh kaunselor SMKTK iaitu Pn. Hjh. Kasidah bt Sadimon.
Semoga program ini dapat mencapai objektifnya iaitu:
Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru (mentor) dan pelajar (mentee) melibatkan tindakan seperti pertemuan, membimbing, menyokong, mengambil tahu, menjaga kebajikan, mewujudkan kemesraan, memberi perhatian, dan memberi nasihat ke arah kejayaan pelajar-pelajar mentee.
Dengan kata-kata 'Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang', program ini telah disempurnakan dengan bersahaja namun begitu mesra oleh kaunselor SMKTK iaitu Pn. Hjh. Kasidah bt Sadimon.
Semoga program ini dapat mencapai objektifnya iaitu:
- Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mantee.
- Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara mentor dan mentee.
- Membina keyakinan dalam diri mentee untuk terus berjuang khususnya dalam pembelajaran di sekolah.
- Meningkatkan semangat mentee-mentee untuk terus berusaha mencapai kejayaan khususnya dalam peperiksaan PMR dan SPM.
- Melahirkan individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

02 April 2013
10 KESILAPAN MERUGIKAN DIRI PERENCANAAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT TINGGI
Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar mula
merencanakan masa depan dengan fokus utama melanjutkan pengajian ke
peringkat tertinggi. Bagaimanapun, keghairahan berbuat demikian sering mengundang kesilapan yang akhirnya merugikan diri sendiri.
10 kesilapan biasa yang dilakukan pelajar ketika membuat pilihan melanjutkan pengajian.
1. Memilih kursus prauniversiti yang salah
Pelajar
tidak berfikir secara mendalam mengenai pilihan program yang ingin
diikuti. Dengan pilihan yang pelbagai, ramai memilih secara rawak dan
mendapati ia tidak melayakkan mereka memasuki program ijazah atau tidak
diiktiraf universiti berkenaan. Sebagai
contoh, pelajar yang ingin belajar di United Kingdom boleh mengambil
kursus prauniversiti seperti SAM (South Australian Matriculation) yang
akan berakhir pada November dengan keputusannya dikeluarkan pada
Disember.
Kemudian
mereka mendapati universiti di UK hanya memulakan semester kursus baru
pada September setiap tahun. Mereka perlu menunggu sembilan bulan untuk
memulakan pengajian. Kursus
asas yang ditawarkan kolej di Malaysia tidak diiktiraf universiti luar
negara kerana program asas itu direka untuk mendapatkan kemasukan ke
program ijazah kolej sendiri. Pelajar juga tidak mempertimbangkan sama ada cara pembelajaran dan pengajaran dalam program itu sesuai dengan kebolehan mereka. Bagi
mereka yang tidak cenderung akademik, mengambil kursus sijil dan
diploma akan memberikan mereka satu program lebih praktikal.
Pelajar
yang berminat pada kursus khusus seperti reka bentuk dan seni bina atau
sains komputer akan mendapati laluan kursus sijil dan diploma adalah
yang terbaik kerana mereka bukan saja mengkaji reka bentuk atau asas
komputer tetapi mempelajari pengetahuan praktikal yang akan memberikan
pengalaman diperlukan majikan.
2. Memilih subjek yang salah
Ramai
pelajar mendapati mereka tidak mengambil mata pelajaran betul dalam
prauniversiti untuk membuat permohonan ke universiti nanti. Ini akan menyempitkan pilihan institusi mereka atau lebih teruk, mereka tidak layak memohon program itu. Bagi
kursus seperti perubatan dan pergigian, sesetengah negara hanya
memerlukan kelayakan subjek Kimia dan Matematik manakala di India, semua
tiga aliran sains diperlukan sebagai syarat kemasukan. Bagi
mereka yang bercadang belajar arkitek, ada universiti memerlukan
pelajar mengambil subjek Sastera atau mengemukakan portfolio kerja
seni. Sesetengah
pelajar mengambil gabungan subjek Seni dan Sains dalam prauniversiti
dan mendapati mereka mempunyai pilihan kursus yang terhad di universiti.
Sebagai contoh, pelajar mengambil gabungan Seni, Kimia dan Pengkomputeran akan mendapati tanpa Matematik, hanya satu atau dua universiti yang mungkin akan mempertimbangkan permohonan mereka.
Pelajar yang mengambil dua subjek di peringkat A Level akan mendapati dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga subjek untuk memohon ke university.
3. Tidak mengetahui kekuatan dan minat sendiri
Ramai
tidak mempertimbangkan kekuatan dan minat ketika memilih kursus atau
laluan pendidikan. Contohnya, bagi yang tidak mempunyai kelayakan
akademik, mereka cenderung mengambil A Level. Mereka
yang tidak cemerlang atau berminat dalam mata pelajaran Sains tetapi
mendaftar dalam kursus teknologi maklumat atau kejuruteraan dan
tertanya-tanya mengapa gagal setiap semester.
4. Tidak memeriksa struktur kursus
Memeriksa struktur kursus akan memastikan pelajar tidak mendaftar dalam program yang
salah. Sebagai contoh, pelajar yang berminat dalam kursus reka bentuk
mendaftar kursus komputer kerana beranggapan semuanya boleh dilakukan.
Mereka sepatutnya mendaftar dalam program multimedia. Pelajar juga mesti belajar struktur kursus bagi memastikan mereka minat belajar supaya cemerlang dalam program dipilih. Sesetengah struktur kursus mungkin juga tidak diiktiraf universiti apabila melanjutkan pengajian diploma ke ijazah. Terdapat kes pelajar perlu bermula sekali lagi dari tahun pertama program ijazah atau diploma tidak diiktiraf universiti. Anda
boleh berunding dengan penasihat pendidikan universiti untuk memastikan
laluan pendidikan yang dipilih mendapat pengiktirafan.
5. Obsesi dengan kedudukan universiti
Dengan
begitu banyak badan yang menyediakan kedudukan universiti di dunia,
pelajar hari ini menempatkan kedudukan universiti sebagai keutamaan
pertama memilih institusi pengajian. Sebuah universiti di kedudukan pertama dalam satu pe�ngajian tidak semestinya menjadi yang pertama dalam kajian lain. Nasihat terbaik kepada pelajar ialah membuka mata dengan institusi yang diperakui terbaik dunia bukan didakwa melalui kajian.
6. Menerima biasiswa tanpa memeriksa butiran
Banyak
biasiswa diberikan untuk program prauniversiti tanpa jaminan biasiswa
untuk ijazah seterusnya. Ada biasiswa yang memerlukan pelajar
mengekalkan purata gred setiap semester. Jika tidak, biasiswa akan
dibatalkan. Jika
tidak menyemak butiran, anda mungkin mendapati tidak boleh meneruskan
pengajian kerana tidak mempunyai bajet untuk kursus itu. Kursus perubatan kos minimum RM500,000 sehingga RM1.5 juta apabila dicampur perbelanjaan sara hidup. Adakah keluarga anda mempunyai wang ini jika anda tidak mempunyai biasiswa berterusan? Jangan fikir anda boleh bekerja sambil belajar dan mendapat wang mencukupi untuk menampung semua ini.
7. Tidak memeriksa kekuatan dan kemudahan institusi
Memang
menyedihkan mendapati institusi tidak mempunyai kemudahan lengkap untuk
mengajar pelajar. Kursus perniagaan dan komputer mungkin memerlukan
peralatan minimum, namun kursus kejuruteraan awam memerlukan ruang yang
besar untuk melakukan komponen praktikal seperti membina dinding dan
menguji struktur dibina. Untuk kejuruteraan mekanikal, anda akan memerlukan mesin yang berlainan untuk belajar dengan sempurna. Juga,
adakah institusi berkenaan mempunyai peralatan mencukupi untuk semua
pelajar atau anda perlu berkongsi dengan sekumpulan 20 pelajar setiap
kali belajar menggunakan mesin? Perhatikan akses Internet institusi terlebih dulu. Juga menyemak sama ada majikan mengenali institusi berkenaan.
8. Tidak memeriksa peluang atau keperluan pekerjaan
Ramai
pelajar tidak memikirkan dulu apa peluang pekerjaan untuk ijazah mereka
apabila tamat pengajian. Anda sentiasa mendengar dan membaca graduan
yang menganggur dan tiada pekerjaan mencukupi dalam bidang yang dipilih.
Dengan jumlah mahasiswa yang ramai dalam satu program yang sama, pasti berlaku lebihan graduan. Sebenarnya,
terdapat peluang pekerjaan, namun ramai graduan tidak diajar dan
dilatih dengan betul oleh institusi dan ini menjadikan mereka lebih
sukar menarik perhatian majikan. Semak
peluang dan keperluan pekerjaan sebelum membuat keputusan untuk
memulakan sesuatu program. Apa yang ditawarkan pada hari ini mungkin
akan ada terlalu ramai graduan pada masa anda tamat pengajian nanti.
9. Membuta tuli mengikut kawan
Salah satu perkara paling buruk ialah membuta tuli me�ngikut kawan-kawan mempelajari sesuatu kursus. Adakah kawan-kawan tahu apa yang anda mahu, apa kekuatan dan minat anda? Anda
perlu melihat apa yang anda mahu dan mampu. Rakan mungkin baik dari
segi akademik sementara anda boleh menjadi lebih baik dengan pendekatan
lebih praktikal. Walaupun
kedua-duanya mahu belajar kejuruteraan, dia boleh mengambil laluan
tradisional program prauniversiti ke ijazah, anda mungkin lebih selesa
bermula dengan diploma dan kemudian baru ijazah. Anda
mungkin akan mempunyai sedikit kelebihan kerana mendapat pengetahuan
praktikal melalui projek yang dilakukan ketika mengambil diploma.
10. Meneruskan impian ibu bapa, bukannya impian sendiri
Adalah
menyedihkan melihat ramai pelajar belajar mengikut impian ibu bapa dan
bukan impian sendiri. Ini salah satu faktor mengapa begitu ramai
graduan gagal mendapatkan pekerjaan. Apabila mengejar impian orang lain, hati dan jiwa anda tiada di dalamnya. Walaupun ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, ia mungkin bukan yang terbaik untuk anda. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka membuat keputusan yang betul dan bukannya membuat keputusan untuk mereka.
Sumber: Harian Metro

























