01 March 2013

WAHHH...SEDAPNYA MAKAN NASI BERIANI DALAM TALAM...

Hari ini diadakan majlis sambutan Maulidurrasul Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW di sekolah. Pelajar-pelajar duduk berkumpul di dewan untuk menghayati acara-acara sambutan seperti ceramah utama yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKA Kluang, bacaan Al-Quran, marhaban, dan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar. Sebelum itu pelajar-pelajar dan guru-guru berarak sambil berselawat di kawasan sekolah.

Fokus kami pada kali ini ialah betapa seronoknya pelajar-pelajar menikmati hidangan nasi beriani dalam talam dan mereka makan beramai-ramai. Satu talam di antara 3 hingga 4 orang. Suasana sebegini menampakkan jalinan keakraban dan saling mengerti dalam mengongsi hidangan bersama-sama. Wahh...sedapnya. Kecor ayor lior...











27 February 2013

MEJA DAN BANGKU SIMEN FERRO DAH SIAP

Dengan bimbingan Cikgu Hasan Kasmuri, murid-murid Tingkatan 5 Landskap dapat menyiapkan projek meja dan bangku simen ferro. Projek ini adalah sebahagian daripada kandungan pembelajaran mereka yang akan dinilai dan ditaksir oleh pembimbing. Setiap murid mesti menyiapkan satu projek bangku dari mula hingga siap melalui beberapa langkah dan proses penghasilannya. Meja dan bangku simen ferro ini akan diletakkan dalam taman-taman di sekolah untuk digunakan oleh warga sekolah. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada kumpulan murid ini....








21 February 2013

SUKANTARA 2013

Sukantara pada tahun ini dijalankan selama 2 petang iaitu pada 19 dan 20 Februari 2013. Ia bermula pada jam 3.00 petang. Pada hari Selasa 19 Februari, acara-acara yang dijalankan ialah 100 m lelaki dan perempuan dan 400 m lelaki dan perempuan semua kategori. Manakala pada hari Rabu 20 Februari, acara lontar peluru lelaki dan perempuan semua kategori pula dijalankan.

Berikut adalah ranking rumah sukan selepas sukantara dan merentas desa:
  1. Rumah Biru
  2. Rumah Kuning
  3. Rumah Hijau
  4. Rumah Merah

 





20 February 2013

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM KENDALIAN KADET POLIS

Pagi ini adalah perhimpunan rasmi bulanan unit beruniform SMK Telok Kerang. Guru-guru dan pelajar-pelajar berhimpun di Dataran Nilam mengikut unit beruniform masing-masing. Sebagai perintis pengendalian perhimpunan pada tahun ini, pasukan Kadet Polis dipilih sebagai pengendali perhimpunan.  Tahniah diucapkan kepada pasukan Kadet Polis yang telah berjaya  mengendalikan perhimpunan dari A-Z.