30 June 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA WALAU RINGKAS NAMPAK MERIAH

Pagi tadi berlangsung kejohanan olahraga sekolah ini bagi kali ke-38. Pada tahun ini kejohanan tersebut dibuat secara ringkas. Tidak ada acara ucapan panjang menjela. Tidak ada acara perbarisan pasukan rumah-rumah. Tidak ada acara menaikkan bendera kejohanan. Banyak yang tiada pada kejohanan kali ini
Hanya acara-acara popular sahaja yang dipertandingkan. Namun demikian kemeriahan sukan amat terasa lebih-lebih lagi apabila suasana di padang berwarna-warni dengan pakaian ahli-ahli mengikut warna rumah masing-masing.
Acara kejohanan yang meriah pada awalnya menjadi lebih meriah apabila di akhir kejohanan hujan lebat turun mencurah-curah. Acara terakhir iaitu pertandingan tarik tali tetap diteruskan dalam hujan lebat. Padang yang licin menjadikan acara itu bertambah menarik.
Oleh kerana hujan belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, lain-lain acara termasuk penyampaian pingat-pingat dan pengumuman keputusan pemenang kejohanan kali ini tidak dapat dijalankan sebaliknya semua itu akan dijalankan pada perhimpunan pagi Isnin 4 Julai nanti. Bersabarlah....

Isnin 4 Julai 2011
Dalam perhimpunan pagi Isnin dilangsungkan juga penyampaian pingat-pingat kejohanan olahraga yang dijalankan pada hari Khamis 30 Jun 2011.

Keputusan rasmi:
  • Johan - Rumah Biru
  • Naib Johan - Rumah Kuning
  • Ketiga - Rumah Hijau
  • Keempat - Rumah Merah
Tahniah!

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :