27 July 2012

TADARUS AL-QURAN

Membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya mempunyai banyak kelebihan dan dimuliakan di sisi Allah S.W.T. Kelebihan ini dilipat gandakan lagi apabila ianya diamalkan pada bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan dengan bertadarus. Tadarus ialah membaca al-Quran secara berdua, bertiga atau berkumpulan, di mana caranya ialah seseorang membaca manakala yang lain mendengar sambil memperbetul kesilapan bacaan jika ada dan seterusnya dengan bergilir-gilir.

Oleh itu, sebaik-baik hamba itu ia membaca al-Quran serta mendalami, mengkaji dan menghayati segala kandungannya kemudian mengajarkannya. 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ø®َÙŠْرُ ÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَعَÙ„َّÙ…َ الْÙ‚ُرْآن ÙˆَعَÙ„َّÙ…َÙ‡"

Sebaik-baik kamu adalah orang yang membaca al-Quran dan mempelajari isi-isi kandungan ayat-ayat al-Quran itu (dan mengajarkannya kepada orang lain)”.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Iri hati (hasad) tidak dibenarkan melainkan dua perkara sahaja iaitu seorang yang mana dihormati dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan yang demikian siang dan malam dan seorang lagi yang mana dilimpahkan kurnia dengan harta yang banyak oleh Allah S.W.T dan membelanjakan siang malam pada jalan Allah”.

Dalam hadis di atas, hasad yang dimaksudkan ialah sifat ingin berlumba yang diredhai Allah. Iaitu dengan berlumba-lumba membaca atau memperbanyakkan bacaan al-Quran siang dan malam. Serta membelanjakan harta yang dikurniakan Allah siang dan malam dijalan Allah.

Oleh itu, ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, maka setiap umat Islam mestilah berlumba-lumba untuk menambahkan amalan masing-masing. Ini kerana hati yang tidak ada Al-Quran seumpama rumah yang kosong. 

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

Daripada Abdullah bin Abbas r.a telah meriwayatkan, sabda Rasullullah SAW: “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan (kosong)”.
 
Sehubungan dengan itu, guru-guru sekolah ini telah mengadakan program Ihya' Ramadhan iaitu bertadarus secara berkumpulan. Masa untuk bertadarus ditetapkan mengikut kesesuaian ahli tadarus.

Berikut adalah kumpulan tadarus di kalangan guru-guru:

KUMPULAN 1 (JUZUK 1-3)

EN MOHD MUSLIM BIN JAPRI (K)
EN MD AKIL BIN ADAM
EN MOHAMAD YASIN BIN JAAFAR
HJ MOHD SHAH BIN HJ SAIRAN
EN HUZAIMI KAMEL BIN NORDIN
EN MD ARSHAD BIN LAHAYAH
EN GUSUAN BIN ABD RAHMAN


KUMPULAN 2 (JUZUK 4-6)

HJ ANAS BIN MOHAMAD (K)
EN ABD HADI BIN AMBOK INGTANG
EN ABDUL HAMID BIN ABU BAKAR
HJ AHMAD BIN MOHAMAD
EN MOHD ISHAK BIN MALIKI
EN AMIN BIN SULAIMAN
EN KHAIRUL AMIN BIN SULAIMAN


KUMPULAN 3 (JUZUK 7-9)

SHAMSUL SAZALI BIN SALIMIN (K)
FADLI HAZWAN BIN MOHAMMAD ANGAWAN
HIRMANNAZIF BIN HALIL
MOHAMAD HATTA BIN YAHAYA
AZMAN BIN JAMIL
MUHAMMAD SYAFIK BIN YUSOF
MOHAMAD NORAMIN BIN SARKAWI


KUMPULAN 4 (JUZUK10-12)

US SUKRI BIN OSMAN (K)
EN AZAHAR BIN MUHAMAD
EN HASAN BIN KASMURI
EN NORDIN BIN EHSAN
EN ZAMRI BIN ISMAIL
HJ ABDUL LATIF BIN AMBOK LILANG
EN ROSLI BIN ABD KHAIR
MOHD KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAT NOR


KUMPULAN 5 (JUZUK 13-15)

HJH ARBAENAH BINTI MASUD (K)
PN JUNAIANH BINTI BARLIN
PN NORAIN BINTI TAHIR
HJH KASIDAH BINTI SADIMON
PN SRI ZAHARAH BINTI DAIMAN
PN NOOR AZNIZAH BINTI SANUDIN
CIK RUSILAH BINTI MOHAMED TAIB


KUMPULAN 6 (JUZUK 16-18)

PN HASNULI @ZAINAB BINTI ABU SETAMAN (K)
PN NUR SILAWATY BINTI KASDIRIN
PN ROSFATMAWATI BINTI HASAN
PN ZAITON BINTI KASNAN
CIK ZALEHA BINTI MD ARIF
PN NORMADDIAH BINTI TAMBI
PN SAIDAH BINTI ISHAK


KUMPULAN 7 (JUZUK 19-21)

PN MALDATOL ASMA BINTI TASRIK (K)
PN HAMISAH BINTI MD AMIN
CIK NUR HASLINDA BINTI HUSEN
PN MISLINA BINTI MAT ARIS
PN ROBANIAH BINTI JAMARI
PN HALIJAH BINTI ABU


KUMPULAN 8 (JUZUK 22-24)

PN NORAZRIN BINTI BACHOK (K)
CIK MAHIRUNISA BINTI MARSONO
PN NOR ANIDA BINTI ZAKARIA
PN NORHAIZAN BINTI MOHD RAPAIZAL
PN NORLIA BINTI SABRI


KUMPULAN 9 (JUZUK 25-27)

CIK NURUL SYUHADA BINTI MD YATIM (K)
PN NOTFAEZAH BINTI MOHAMMAD
CIK NOR AISAH BINTI MOHAMAD
CIK NUR SOLEHAH BINTI ALI
PN NOOR RASHIDAH BINTI KHAYON
PN HABIBAH BINTI ABD RAHIM


KUMPULAN 10 (JUZUK 28-30)

CIK SITI MAHFUZAH BINTI MUSA (K)
PN MISLIN BINTI SINO
PN RAFIEAH BINTI MD RABIDIN
PN SITI NOR HASNI BINTI MOHD ARIP
PN KAMARIAH BINTI KASMIN
PN MIMI MARIAZAH BINTI MOHAMAD
PN MAZNAH BINTI JUMAIN

"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku"

24 July 2012

RAMADHAN...BERMULANYA SUATU PERUBAHAN

Bersama keluarga raikanlah Ramadhan. Semarakkan Ramadhan, semarakkan taqwa dan semarakkan infaq. Selamat datang Ramadhan. Semoga kunjunganmu kali ini memberi satu perubahan dan terus memaut erat hati-hati untuk tenggelam dalam dakapanmu yang syahdu. Akan kami hiasi Ramadhan ini dengan nyanyian amal dan pastinya Ramadhan kali ini akan disemarakkan dengan wangian istighfar dan haruman bacaan Al-Quran serta semarak infaq. Semoga ruang dan peluang dalam sebulan ini bermulanya satu perubahan dalam diri kami dan memberi latihan abadi untuk pengendalian hati dan realisasi sebuah pengabdian sejati.

"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku"

Tip Ramadhan:
  • Membaca Al-Quran  -  Membaca Al-Quran dan sebaik-baiknya khatam Al-Quran dalam bulan ini.
  • Solat Tahajjud  -  Solat tahajjud laksana permata di hati mukmin. Bersungguh-sungguh melaksanakannya dalam bulan Ramadhan dengan niat yang ikhlas.
  • Solat Tarawikh  -  Menghias malam Ramadhan dengan solat tarawikh bersama keluarga atau berjamaah di surau atau di masjid. 
  • Berzikir dan berdoa  -  Manfaatkan keberkatan Ramadhan ini dengan berzikir dan berdoa. 
  • Makanan  -  Berbuka dan bersahur dengan makanan yang seimbang. Digalakkan menjamu orang lain berbuka puasa. 
  • Sedekah (infaq)  -  Perbanyakkan sedekah dan derma kepada mereka yang memerlukannya.

21 July 2012

KEMBARA CIKGU HASAN KASMURI KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM


Vietnam negara yang penuh kesengsaraan akibat peperangan. Vietnam terkenal dengan dua bandar iaitu Hanoi dan Ho Chi Minh. Harus diingatkan jarak Hanoi dan Ho Chi Minh lebih kurang 1000 KM. Satu di utara dan satu lagi di selatan. Kami kembara ke salah satu bandar ini iaitu Ho Chi Minh City atau Saigon.

Kami mulai kembara melalui jalan darat dengan menaiki bas. Kembara dari Phnom Phenh di Kampuchea ke Ho Chi Minh City di Vietnam selama 7 jam. Ada ketikanya bas menaiki feri menyeberangi sungai. Sampai di sempadan antara dua negara iaitu Bavet di sebelah Kampuchea dan Moc Bai di sebelah Vietnam, kena turun dari bas untuk pemeriksaan imigresen. Satu pemeriksaan imigresen yang ketat terutamanya di sebelah Vietnam. Sepanjang perjalanan dari negara Kampuchea memasuki negara Vietnam, mata dihidangkan dengan kehijauan hamparan sawah padi di kiri kanan jalan di Delta Mekong. Saujana mata memandang. Bas berjalan perlahan iaitu lebih kurang 70 km/j. Itu had laju yang dibenarkan. Pemandu bas mematuhi arahan had laju.  Kami tiba di Ho Chi Minh City pada tengahari 5 Jun 2012.

Ho Chi Minh City adalah pusat ekonomi dan pusat perdagangan bagi Vietnam. Ia terletak di selatan Vietnam. Cuaca dan suhu di Ho Chi Minh sama sahaja seperti di Malaysia. Suasana bandar Ho Chi Minh/Saigon memang berbeza dengan KL. Bandarnya terlalu sesak dengan manusia. Dianggarkan populasi Saigon dalam 18 juta orang. Dan ini merupakan bandaraya paling besar populasinya di Vietnam.

Di Ho Chi Minh City, kami melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar seperti bangunan kolonial Pejabat Pos, Muzium, dan Cholon Jamial Mosque dan membeli-belah di Ben Thanh Market. Di kota ini, jalan-jalannya di penuhi motosikal. Kebanyakan penunggang dan pembonceng motosikal memakai topeng muka untuk mengelakkan menyedut asap kenderaan. Kereta hanya dimiliki oleh mereka yang benar-benar kaya.

Kalau ke kota ini, jangan lupa membeli-belah di Ben Thanh Market. Ini merupakan tempat yang harus kita pergi ketika ke Ho Chi Minh City. Di sini terdapat pelbagai barangan termasuklah cenderamata, makanan kering, makanan basah, baju dan kain pasang. Selain materialnya bagus, harganya amat berpatutan jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia. Kemahiran menawar amat diperlukan di sini. Kebanyakan peniaga di pasar ini boleh berbahasa Melayu.  Ramai pelancong Malaysia membeli-belah di pasar ini seolah-olah kita berada di Malaysia. Ternyata Saigon atau Ho Chi Minh City merupakan syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia. Ternyata Vietnam bangkit dari peperangan dan kini ekonomi mereka sangatlah berkembang pesat.

Mengenai makan di di kota ini, ianya tidak menjadi masalah besar. Banyak restoran makanan halal, dan rasanya juga boleh tahan. Restoran Malaysia pun banyak disini. Tidak hairanlah jika kita akan dapat berjumpa ramai pelancong dari Malaysia yang turut makan di beberapa restoran di Saigon.

Kami mengambil kesempatan melawat ke muzium perang. Ia merupakan muzium yang popular di Ho Chi Minh City. Di sini terdapat pameran mengenai perang Vietnam yang berlaku pada awal tahun 60 an. Muzium ini turut memuatkan gambar-gambar penderitaan masyarakat Vietnam, kereta kebal, penjara mini, dan juga pesawat. Dipamerkan juga kekajaman tentera USA terhadap rakyat Vietnam.

Kami berada di Ho Chi Minh City/Saigon ini tidak lama,  bahkan kami tidak berkesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik yang lain. Pada pukul 5.30 petang 6 Jun 2012, kami terbang balik dari Ho Chi Minh City International Airport ke LCCT Changi, Singapore menggunakan Tiger Air. Kami tiba di Pontian pada pukul 11.00 malam melalui Second Link dari Singapura.
























SELAMAT BERPUASA

Hari ini umat Islam mula mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada warga SMK Telok Kerang yang beragama Islam dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang erti nya): “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759)

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu juga Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam pernah bersabda (yang ertinya): “Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan lain, hadits sahih.

19 July 2012

WAJARKAH MURID BAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH?


Macam-macam reaksi daripada pelbagai pihak apabila Kementerian Pelajaran mengambil langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Bagi pelajar-pelajar , tentunya menganggap langkah ini sebagai suatu kemudahan yang ‘menyeronokkan’ dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa ada yang merasa lega kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan pada masa sama tidak kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak apabila membawa alat komunikasi itu ke sekolah.

Pertama, bimbang disalah guna kemudahan tersebut. Yang keduanya, apabila berlakunya kecurian atau kehilangan gajet berharga itu.

Draf peraturan membenarkan penggunaan telefon bimbit ini dirangka selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar, tambahan sebelum ini, pihak ibu bapa sudah beberapa kali meminta kementerian agar membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.
Sememangnya ada baik dan tidak baiknya membawa telefon bimbit ke sekolah. Dari segi baiknya, tentu ia memudahkan ibu bapa untuk mengesan anak mereka terutamanya selepas waktu sekolah. Ada ketikanya anak-anak terlepas bas sekolah mungkin kerana lambat keluar kelas dan tidak memaklumkan kepada pemandu bas terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang nakal dan suka berpeleseran selepas waktu sekolah.

Saya pernah diminta oleh anak saya yang bersekolah rendah menghantar kawannya pulang ke rumah kerana kawannya itu terlepas bas. Ini disebabkan semua murid di dalam kelasnya dihukum balik lewat sedikit setelah gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mujur saya tidak bekerja ketika itu.

Kediaman saya yang amat dekat dengan sekolah tidak memerlukan anak saya untuk menaiki bas. Sampai di rumah saya, kawannya itu yang menangis kerana panik meminjam telefon bimbit saya memberitahu ibunya di tempat kerja yang dia terlepas bas dan saya akan menghantarnya.

Saya merasa gusar, rasa marah pun ada. Kenapalah cikgu boleh membuat hukuman sebegitu tanpa memikirkan pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah. Siapa yang akan menghantar mereka sekiranya terlepas bas? Jika dibiar pelajar ini ‘bersidai’ menunggu penjaganya mengambilnya pulang di depan sekolah dalam suasana yang agak sunyi, semua pelajar telah pulang, kita bimbang ada pihak lain yang tidak bertanggungjawab pula menawarkan khidmat untuk menghantar pelajar ini pulang ke rumah.

Dalam situasi seperti ini telefon bimbit amat diperlukan. Memang ada telefon awam disediakan di sekolah tetapi tidak semua diselenggara dengan baik, lama dibiarkan rosak dan tidak banyak pula kemudahan itu. Dalam pada itu, jangan terkejut ramai juga pelajar sekolah terutamanya di peringkat rendah yang tidak tahu menggunakan telefon awam.

Tetapi dari sudut tidak baiknya, kita juga bimbang telefon tersebut akan disalahguna pelajar. Kemudahan ini digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama kawan di dalam kelas atau luar kelas, melayari Internet pada waktu sekolah, mengemas kini status di Facebook, twitter, merakamkan perbuatan kawan-kawan dan guru-guru dan sebagainya.

Pada masa sama, para guru bukan sahaja berhadapan dengan cabaran mengawal pelajar sekolah ini daripada menyalahguna telefon bimbit di sekolah tetapi terpaksa melayani masalah kehilangan telefon bimbit itu.

Kehilangan gajet ini juga mungkin membuatkan pelajar-pelajar terbabit menuduh antara satu dengan lain sehingga berlakunya pergaduhan dan bermacam-macam lagi kesan daripada kehilangannya.

Pada masa sama, pelajar-pelajar yang tidak ada telefon bimbit dan iPad, mula merengek meminta ibu bapa membelikan telefon bimbit kerana melihat kawan-kawan memilikinya dan membawa ke sekolah. Yang lagi haru, mereka mahu yang lebih canggih daripada kawan-kawan dengan niat berlawan-lawan, telefon siapa yang lebih up to date.

Saya tidak pasti apakah peraturan-peraturan ketat yang akan digunakan kementerian dalam mengawal penggunaan telefon bimbit ini. Tetapi sudah pastinya draf yang sedang dirangka itu perlu mengambil kira kesan-kesan yang tidak baik ini.

Kita mahu tahu hadnya, bila waktu telefon bimbit ini boleh digunakan dan bagaimana pihak sekolah dapat mengawal penggunaannya. Pelaksanaan peraturan-peraturan berkaitannya pun perlu tegas dan perlu dipatuhi. Sedangkan peraturan sedia ada yang melarang pelajar sekolah membawa telefon bimbit, ramai juga yang melanggarnya dengan membawanya secara sorok-sorok. 

Kita bimbang peraturan yang ada jika tidak dilaksanakan secara tegas, tidak memberi apa-apa makna, sedangkan orang dewasa pun sukar untuk mematuhi peraturan.

Tetapi sudahkah perkiraan dan kajian baik buruknya diambil kira? Hanya pihak berwajib mampu menjawab persoalan ini. Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai statistik baik buruknya membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah mungkin boleh untuk saya kongsikan bersama isu yang pada hemat saya mungkin timbul apabila pelajar bersama telefon di sekolah:

Tumpuan pelajar terganggu
Bolehkah seorang guru mengawal pelajarnya agar tidak melayan SMS yang masuk keluar pada setiap detik dan ketika? Mungkin juga pelajar sibuk melihat kecanggihan gajet yang dimiliki oleh rakan dan membandingkan dengan gajet miliknya. Bukankah ini semua akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 

Jurang stratifikasi sosial di sekolah
Sekolah diprogramkan dengan keseragaman dan kesamarataan. Baju tidak berbeza pada warna mahupun gayanya. Tetapi jika gajet yang dibawa iPhone, Samsung, BlackBerry sudah tentu tidak sama dengan gajet tidak berjenama. Apakah kita inginkan jurang stratifikasi sosial berlaku di dalam persekitaran sekolah. Sombong, memperlekehkan yang lain mungkin akan menjadi budaya sekolah. Adakah matlamat ke sekolah akan tercapai kiranya begini keadaan persekitarannya?

Jenayah kecil-kecilan
Gajet yang dibawa ke sekolah seperti telefon bimbit mungkin terdedah kepada kecurian. Disebabkan godaan yang tinggi gajet yang dicuri boleh membawa kepada masalah lain seperti bergaduh sesama pelajar dan tidak kurang menyusahkan para guru yang terpaksa membuat siasatan bagi kecurian tersebut.

Isu sosial
Anak remaja sedang dalam proses mengenali diri dan membentuk peribadi. Banyak kes pada hari ini telefon bimbit berkamera digunakan sebagai bahan untuk bereksperimen dalam melihat tubuh badan sendiri, mengendap, merekodkan aksi buli dan aksi terlarang lain atas dasar ingin tahu yang kuat dalam diri remaja. Bukan itu sahaja, gajet canggih yang dilengkapi akses kepada internet juga memungkinkan pelajar leka bermain permainan dalam talian dan lain-lain lagi. Sanggupkah para guru warga pendidik dan ibu bapa melayani serta berhadapan dengan semua isu ini yang mana kadar penyalahgunaannya begitu tinggi?

Akademik tidak bebas lagi
Guru-guru mungkin mengalami kesukaran untuk berkongsi contoh dan bercakap mengenai perkara yang sensitif kerana khuatir gajet canggih yang dimiliki pelajar merekodkan perkara itu serta mentafsirnya secara salah. Guru juga mungkin tidak akan menggayakan atau berdemonstrasi dalam membentuk kefahaman pelajar bagi mengelakkan ia direkodkan, disunting dan dimuatkan di internet yang akan menjadikan guru terbabit bahan lawak jenaka. Lebih malang ia mungkin jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mengekang kebebasan akademik di sekolah.

Mungkin bagi membendung kebimbangan ibu bapa akan ancaman bahaya yang ada pada hari ini, pihak berwajib perlu memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan perlu apabila berlaku kecemasan. Butiran untuk dihubungi ketika kecemasan sama ada oleh pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah perlulah jelas. 

Pemantauan dari semua pihak memungkinkan persekitaran yang lebih baik kepada semua.
Pelajar perlu dididik agar lebih bertanggungjawab dengan tidak melencong ke tempat lain selepas meninggalkan sekolah. Sentiasa memaklumkan ibu bapa dan guru kiranya mempunyai aktiviti. 

Tetapi keadaan dan suasana semasa mungkin mendesak agar pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Biarlah keputusan yang dibuat kelak merupakan risiko yang paling minimum untuk ditanggung oleh ibu bapa, pelajar, sekolah dan juga masyarakat.

Sumber:  Utusan Malaysia

14 July 2012

3,8549 LEPASAN MATRIKULASI/STPM/ASASI LAYAK KE IPTA

PUTRAJAYA: Seramai 38,549 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/Asasi layak melanjutkan pengajian tinggi peringkat ijazah pertama di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara, termasuk di lima universiti penyelidikan (RU).

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata, daripada jumlah itu seramai 21,959 (57 peratus) membabitkan pelajar aliran sains dan 16,590 (43 peratus) adalah aliran sastera.

“Pelajar lelaki 13,177, manakala 25,372 wanita. Prestasi calon layak mengikut kaum membabitkan Bumiputera seramai 27,455 orang, Cina (8,989), India (1,384) dan 724 kaum lain,” katanya pada sidang media mengumumkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (ijazah pertama) sesi akademik 2012/2013, di sini, semalam.

Dr Rujhan berkata, bagi sesi kali ini KPT menerima 63,467 permohonan, berbanding 64,703 permohonan sebelum ini, menunjukkan penurunan 1.9 peratus.

Berdasarkan permohonan itu, katanya, seramai 52,430 calon didapati layak dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian, namun turut menunjukkan penurunan 1.5 peratus berbanding pengambilan pada sesi lalu.

“Penurunan ini membabitkan beberapa faktor seperti disebabkan pilihan pelajar dan keutamaan kepada pelajar yang memilih kursus tertentu mengikut pilihan mereka,” katanya. “Selain itu, dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA yang menggunakan sistem meritokrasi dengan menggunapakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Jadi, walaupun pelajar itu layak, tetapi meritnya rendah, dia tak akan mendapat tempat.

“Faktor lain ialah pelajar tidak menduduki Malaysian University English Test (MUET), sedangkan ia menjadi syarat utama kemasukan ke universiti. Ada tak ambil ujian ini dan bila tak ambil mereka tidak menepati syarat am,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini ada 2,015 pelajar yang akan mendapat dua tawaran iaitu ke lima RU dan 14 universiti komprehensif lain.

“Justeru pelajar terbabit diminta membuat keputusan tepat untuk memilih universiti mengikut pilihan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, bagi sesi itu juga 22 pelajar Orang Asli, 28 pelajar orang kelainan upaya (OKU) dan 1,682 atlet negara serta negeri turut ditawarkan untuk mengikuti kursus pengajian di IPTA.

Status keputusan permohonan boleh disemak mulai semalam melalui laman web, hotline (03-88706767), talian bantuan (03-88706777), talian am (03-88706755/6766) dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No KP) dan SMS ke 15888.

“Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai 16 Julai ini (Isnin) dan calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 22 Julai. Tarikh pendaftaran pelajar baru di IPTA adalah 1 hingga 2 September,” katanya.

Katanya, aplikasi e-Rayuan sudah dibuka mulai semalam menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my, namun hanya calon gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan menerusi aplikasi itu dalam tempoh 10 hari selepas keputusan diumumkan.

“Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah 22 Julai. Keputusan pemilihan tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baru dan tawaran adalah muktamad. Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September, rayuan dianggap gagal,” katanya.

Sumber: Harian Metro

11 July 2012

'JEJAK MAKLUMAT'

Hari ini SMKTK menjadi tuan rumah program peringkat daerah Pontian iaitu 'Jejak Maklumat'. Ia disertai oleh semua sekolah-sekolah rendah dan menengah di daerah Pontian. Aktiviti yang berkonsepkan pencarian itu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan dimana setiap kumpulan ada wakil daripada setiap sekolah yang menyertai. Mereka saling bekerjasama melaksanakan setiap tugasan yang telah ditetapkan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan PPD Pontian, Tn. Hj. Msduki b Hj Shahri.






 

10 July 2012

HARI KOKURIKULUM DAN SENAMROBIK

Hari ini adalah Hari Kokurikulum. Sebelum itu, di awal pagi sebelum aktiviti bermula, telah dijalankan senamrobik di hadapan astaka. Senamrobik ini dijayakan serentak di seluruh Malaysia. Banyak program dan aktiviti yang dirancang bagi penglibatan semua pelajar. Ada pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Namun, ramai pelajar yang  hanya aktif dalam acara membeli-belah digerai-gerai. 

Di antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan di gerai-gerai, sukan dan permainan, pertandingan kawad kaki, pertandingan karaoke dan lain-lain. Kawasan yang kelihatan meriah dan sibuk sekali ialah di gerai-gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman. Gerai-gerai ini dikendalikan oleh guru-guru dan ahli-ahli persatuan dan kelab. Sebelum pukul 11.00 pagi, makanan dan minuman dah habis terjual.

Majlis penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada pagi Rabu iaitu semasa kegiatan kokurikulum. 
 














06 July 2012

KEMBARA CIKGU HASAN KASMURI KE SEAM REAP DAN PHNOM PENH, KAMPUCHEA

Sebenarnya lawatan ini dilakukan pada cuti sekolah bulan Jun 2012. Saya bersama 19 orang menyertai program kemanusiaan ke Kampuchea. Program ini adalah anjuran PIBG SMK Sri Kukup. Program ini sebagai satu perkongsian pengalaman dengan masyarakat Islam di Kampuchea. Masyarakat ini yang berada dalam lingkungan penguasaan kerajaan Buddhis mampu untuk survival kehidupan dengan identiti Islam yang dipertahankan sejak begitu lama. Mereka mempertahankan hak mereka sebagai warga negara dan masih kekal berketurunan Islam.

Dalam program ini selain daripada mempererat ukhuwwah antara sesama umat Islam melalui berziarah, kami juga mengambil kesempatan melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat yang menarik di sana. Kami melaksanakan hasrat dan niat secara peribadi atau secara berkumpulan untuk bersama-sama memberi sumbangan seperti wakaf membina perigi, menyumbang dana kepada madrasah-madrasah dan masjid, menyumbang pakaian dan peralatan beribadah, naskhah al-Quran, melakukan ibadah aqiqah dan sebagaianya.

Semua sumbangan berbentuk barangan itu kami packing dalam 8 kotak besar. Beberapa orang guru SMK Telok Kerang telah memberi sumbangan melalui saya dan saya telah membeli banyak naskhah al_Quran mini sebagai buah tangan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukannya di sana.

Apa yang menggembirakan kami ialah apabila kami dapat berjumpa dengan Mufti Kerajaan Kemboja Sahibus Samahah Hj. Kamaruddin b. Yusof di Ibupejabat Mufti di Phnom Phenh. Pada malam itu, beliau menceritakan mengenai perkembangan Islam di Kampuchea dan turut menceritakan kesengsaraan umat Islam dan rakyat Kampuchea di bawah pemerintahan Pol Pot (Khemer Rouge).

Di antara pengisian program:
  • Terbang dari LCCT pada pukul 6.50 pagi 2 Jun 2012 menggunakan Air Asia terus ke Siem reap, Kampichea.
  • Beramah mesra dengan masyarakat Islam Kampung Puok, Siem Reap. Di sini kami mewakafkan tiga  perigi (pam air untuk menyedut air bawah tanah).
  • Melawat Tasik Tonle Sap.
  • Beramah mesra dengan penduduk di sekitar Masjid An Neakmah sambil melakukan beraqiqah seekor lembu.
  • Melawat Kompleks Angkor Wat dan Kompleks Angkor Thom.
  •  Membeli-belah di sekitar Siem Reap
  • Kembara dari Siem Reap ke Phnom Phenh selama 7 jam menaiki bas. Melihat hamparan sawah padi saujana mata memandang dan melihat kehidupan seharian rakyat Kampuchea.
  • Melawat di sekitar Kotaraya Phnom Phenh. Membeli-belah di sekitar Phnom Phenh.
  • Mengunjungi  Mufti Kerajaan Kemboja, Sahibus Samahah Tn. Hj. Kamaruddin b. Yusof di Ibupejabat Mufti di Phnom Phenh. Yang Berbahagia Mufti kelihatan kurang sihat.