31 December 2013

PENDAFTARAN MURID-MURID TINGKATAN 1 2014

Hari ini adalah hari pendaftaran murid-murid baru Tingkatan 1. Ibu bapa mengiringi anak-anak mereka mendaftarkan anak-anak untuk masuk ke Tingkatan 1 tahun 2014. Selepas selesai proses pendaftaran, mereka pergi pula ke koperasi sekolah untuk membeli buku, peralatan pembelajaran dan pakaian PJK rasmi sekolah. Selamat menjadi warga SMKTK adik-adik...













30 December 2013

MESYUARAT PERTAMA GURU-GURU SESI PERSEKOLAHAN 2014

Hari ini guru-guru memulakan langkah pertama sesi persekolahan tahun 2014 dengan menghadiri mesyuarat di Kamar Kencana. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Hamid b Abu Bakar. Selamat kembali ke sekolah cikgu-cikgu...







SMKTK MENYERTAI PERTANDINGAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR


Pada tahun 2014, SMK Telok Kerang menyertai pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Ini adalah platform yang amat baik untuk membuktikan dan menonjolkan bahawa sekolah kita adalah sekolah yang cemerlang. 

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Selain daripada itu juga,alam sekitar adalah merupakan habitat bagi semua penghuni di alam ini. Contohnya binatang, fauna dan flora.

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa, memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia. 

Sehubungan dengan seruan itu, SMK Telok Kerang menerima cabaran tersebut untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari. Ini kerana sekolah Lestari adalah Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan,  kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.

Latar Belakang 

Sekolah Lestari -AnugerahAlam Sekitar bertujuan untuk membentu persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.

Definisi

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar. 

Objektif
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari

Kompnen Sekolah Lestari
  1. Pengurusan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Penghijauan

19 December 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2013

Keputusan PMR 2013 diumumkan pada hari ini Khamis 19 Disember 2013. Seramai 127 orang calon sekolah ini menduduki peperiksaan tersebut. 

Keputusannya:
  • Peratus menguasai ABCD ialah 73.23% (2012 : 68.61%)
  • GPS ialah 2.64 (2012 : 2.82)
  • Bilangan Perfect Score 8A ialah 8 orang (2012 : 4 orang)
  • Subjek lulus 100% ialah Bahasa Malaysia, Matematik, KHB2 dan KHB3.
  • Peningkatan GPMP ialah Bahasa Malaysia 1.96 (2012 : 2.01), Sejarah 2.78 (2012 : 3.13), Geografi 2.77 (2012 : 3.02), Pengetahuan Agama Islam 2.29 (2012 : 2.49), Matematik 2.74 (2012 : 2.96), Sains 2.76 (2012 : 2.97), KHB3 1.97 (2013 : 2.33).

Calon cemerlang 8A dan 7A1B:
  1. Hazrul Aiman b Hasmuni 8A
  2. Nur Nasuha bt Amar 8A
  3. Abdul Razak b Rahmad 8A
  4. Nur Syahirah bt Izahar 8A
  5. Nursyamira Aina bt Azlan 8A
  6. Noor Nasuha bt Noor Hamal 8A
  7. Siti Haisya bt Hamid 8A
  8. Nornaja Najihah bt Mohamad Noor 8A
  9. Hazril Aiman b Hasmuni 7A1B
  10. Muhamad Iqra' Taqwa b Samsi 7A1B
  11. Siti Nor Ziana bt Dahlan 7A1B
  12. Muhamad Hafiz b Muhammad 7A1B
  13. Nurul Shasha bt Zaidi 7A1B
  14. Siti Nur Haziqah bt Hamsaton 7A1B
  15. Muhd Haziq b Yahya 7A1B

Tahniah kami ucapkan. Teruskan kecemerlangan di peringkat SPM nanti.

Hazrul Aiman b Hasmuni 8A

Nur Nasuha bt Amar 8A

Abdul Razak b Rahmad 8A

Nur Syahirah bt Izahar 8A

Nursyamira Aina bt Azlan 8A

Noor Nasuha bt Noor Hamal 8A

Siti Haisya bt Hamid 8A

Nornaja Najihah bt Mohamad Noor 8A

Hazril Aiman b Hasmuni 7A1B

Muhamad Iqra' Taqwa b Samsi 7A1B

Siti Nor Ziana bt Dahlan 7A1B

Muhammad Hafiz b Muhammad 7A1B

Nurul Shahsa bt Zaidi 7A1B

Siti Nur Haziqah bt Hamsaton 7A1B

Mohd Haziq b Yahya 7A1B

10 December 2013

DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA YANG BARU

Datuk Dr Khair Mohamad Bin Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6 Disember lepas. Beliau, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Pelantikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang' bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Datuk Dr Khair Mohamad Yusof akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara. 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan.

Tarikh Lahir 18/10/1956
Tempat Lahir Tajung Sepat, Selangor.

Pendidikan

  • 1963 - 1968 Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham 
  • 1969 - 1972 High School Kelang (LCE) 
  • 1973 - 1974 Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE) 
  • 1975 - 1977 Blackpool College of Technology & Art,  (GCE A-Level) 
  • 1977 - 1981 Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering) 
  • 1985 - 1986 North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering) 
  • 1988 - 1989 Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering) 
  • 1993 - 1997 University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education) 
  • 1982 Kelayakan Ikhtisas: Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.



Pengalaman Perkhidmatan

  • 1982 - 1991 Pensyarah & Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar Ipoh 
  • 1991 - 1997 Penolong Pengarah (Kurikulum) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM 
  • 1997 - 1998 Penolong Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM 
  • 1998 - 2005 Timbalan Pengarah (Kurikulum) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM 
  • 2005 - 2006 Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM 
  • 2006 - 2009 Pengarah Institut Aminuddin Baki, KPM 
  • 2009 - 2010 Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM 
  • 2010 - 2012 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KPM 
  • 2012 – 2013 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) KPM

01 December 2013

GURU MASA KINI

Guru yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu guru berada di zaman kemerdekaan dan zaman memulakan pembangunan. Sekarang guru berada di zaman ledakan teknologi di mana maklumat berada di hujung jari. Guru mesti menyediakan dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di masa kini.
  1. Guru mesti bermaklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang ada mungkin tidak mencukupi untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang membesar dalam ledakan zaman teknologi di mana maklumat berada di hujung jari. Tanpa maklumat guru tidak dapat bergerak lebih jauh dan tidak berupaya untuk menjadi seorang guru yang berkesan.
  2. Oleh itu guru mesti menguasai ICT, menggunakan alat-alat dan bahan bantu mengajar yang berteknologi terkini serta menggunakan penemuan baru yang berasaskan penyelidikan jika ingin melunaskan kerjaya dengan berkesan. 
  3. Seorang guru hendaklah menjadi guru yang dinamik pada zaman yang serba mencabar ini. Guru mesti berfikiran terbuka dan memberi responsif yang segera dan berpatutan terhadap kehendak dan tuntutan alam pendidikan. Guru adalah sebahagian tenaga bagi menghasilkan sumber tenaga manusia berkualiti yang diperlukan negara.
  4. Guru berperanan yang besar sebagai agen perubahan masyarakat serta sebagai agen merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Kini guru bukan sahaja sebagai pengajar di dalam bilik darjah, mereka juga berperanan sebagai pengganti ibu bapa, mentor, pembimbing dan kaunselor.
  5. Dalam zaman globalisasi dan ledakan teknologi masa kini, guru hendaklah mempersiapkan diri bukan sahaja bagi menyediakan platform kejayaan pelajar-pelajar bahkan mampu mengangkat martabat pendidikan negara.
  6. Guru hendaklah sentiasa berfikiran positif, berwawasan dan berpandangan global, bersikap positif terhadap proses pembelajaran terkini, dan berusaha menjadi pendidik yang kreatif dan inovatif.
  7. Guru selalu bersedia untuk meningkatkan diri dalam semua aspek yang berkaitan dengan keprofesionalan sebagai seorang guru. Menjadilah seorang guru yang berbudaya ilmu pengetahuan.