Datuk Dr Khair Mohamad Bin Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
yang baharu berkuatkuasa mulai 8
Disember 2013 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6
Disember lepas. Beliau, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).
Pelantikan
Datuk Dr Khair Mohamad Yusof diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang' bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar
di Putrajaya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran,
berkata beliau yakin Datuk Dr Khair Mohamad Yusof akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul
Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan.
Tarikh Lahir 18/10/1956
Tempat Lahir Tajung Sepat, Selangor.
Pendidikan
- 1963 - 1968 Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham
- 1969 - 1972 High School Kelang (LCE)
- 1973 - 1974 Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE)
- 1975 - 1977 Blackpool College of Technology & Art, (GCE A-Level)
- 1977 - 1981 Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering)
- 1985 - 1986 North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering)
- 1988 - 1989 Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering)
- 1993 - 1997 University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education)
- 1982 Kelayakan Ikhtisas: Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.
Pengalaman Perkhidmatan
- 1982 - 1991 Pensyarah & Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar Ipoh
- 1991 - 1997 Penolong Pengarah (Kurikulum) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
- 1997 - 1998 Penolong Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
- 1998 - 2005 Timbalan Pengarah (Kurikulum) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
- 2005 - 2006 Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM
- 2006 - 2009 Pengarah Institut Aminuddin Baki, KPM
- 2009 - 2010 Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM
- 2010 - 2012 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KPM
- 2012 – 2013 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) KPM