14 November 2014

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL - PENAMBAHBAIKAN PRESTASI SEKOLAH

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari.

Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas. PLC dan konsep Distributed Leadership mempunyai persamaan dari segi konsep jaringan perkongsian maklumat dan ilmu dikalangan guru-guru, guru-guru pakar subjek, pemimpin serta seluruh warga sekolah. 

Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan.

Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.

Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.

Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.

Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar. 

Terdapat banyak ciri-ciri teras PLC, termasuk kerja pasukan kolektif di mana kepimpinan dan tanggungjawab untuk pembelajaran pelajar secara meluas dikongsi, memberi tumpuan kepada kajian reflektif, penekanan kepada meningkatkan pembelajaran pelajar, berkongsi nilai-nilai dan norma-norma, dan pembangunan amalan biasa dan maklum balas.
Berikut adalah ciri-ciri utama :
  1. Berkongsi wawasan dan nilai-nilai yang membawa kepada komitmen kolektif kakitangan sekolah, yang dinyatakan dalam amalan sehari-hari 
  2. Sentiasa mencari penyelesaian secara aktif, keterbukaan kepada idea-idea baru
  3. Kerja berpasukan- sentiasa bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama 
  4. Menggalakan cuba-jaya sebagai satu peluang untuk belajar
  5. Mempersoalkan status quo, membawa kepada usaha yang dibuat secara berterusan untuk penambahbaikan dan pembelajaran profesional
  6. Penambahbaikan yang berterusan berdasarkan penilaian outcome bukannya kepada niat melahirkan
  7. Refleksi untuk mengkaji operasi dan kesan tindakan yang diambil   

 

Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

  1. Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar.
  2. Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan banyak masalah.
  3. Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak membantu dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah.
  4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain dan ditambah dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk lama.
  5. Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun kesannya hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama.
  6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah sekolah menjadi lebih baik?
  7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat sedangkan sesebuah organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama untuk memahami kehendak-kehendak reformasi dan bertindak balas.
  8. Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'.
  9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building) dalam institusi pendidikan.
  10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu pendekatan konsep pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan.
  11. Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan.
  12. Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang berkesan.
  13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri.
  14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar terhadap bidang pengajaran mereka.
  15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar ,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari.
  16. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka.
  17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas.
  18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya.
  19. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan.
  20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.
  21. Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar.
  22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.
  23. Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama.
  24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah.
  25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
  26. Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar.
  27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya.
  28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar.
  29. Di sini dicadangkan langkah-langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi sekolah.
  • Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan. Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini juga dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 3 minit.
  • Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit.
  • Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan cadangan masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.
  • Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai. Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan 10 minit.
  • Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut.

Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

Sumber:
http://spunkysallymara.blogspot.com
http://zulkiflihasim.blogspot.com

11 November 2014

PLC - KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL


Pn Hjh Halijah binti Ariffin
Pensyarah Kanan IAB



Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 – 2025’.

[Petikan Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), YB Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin dalam Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (2013) 

DEFINISI PLC 

Sebahagian daripada pembaca mungkin sudah mengetahuinya tetapi bagi yang masih menjadi tanda tanya, teruskan membaca. Artikel ini akan membentang konsep PLC secara ringkas yang dipetik daripada DuFour, R. (2004) dan Hord, S.M (1997) iaitu penyelidik yang menemui dan mempopularkan PLC. 

Professional Learning Community (PLC) atau dalam Bahasa Melayu dikenali dengan Komuniti Pembelajaran Profesional, namun di Malaysia, istilah PLC lebih popular dan kerap digunakan. Pada tahun 1990, Peter Senge telah membuat kajian ke atas organisasi korporat yang berjaya dan mendapati organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mengamalkan pembentukan visi secara bersama dengan semua warga, berlaku perkongsian visi dan nilai, menyokong pembelajaran dan penyelesaian masalah secara bersama dengan ahli-ahli organisasi. Peter Senge (1990) akhirnya menamakannya sebagai ‘Learning Organisation’.

Dalam dunia pendidikan pula, ramai penyelidik mencari formula yang tepat bagaimana sesebuah sekolah itu boleh berjaya. Hord (1997) yang pada masa itu terlibat dengan kajian di bawah Southwest Educational Development Laboratory (SEDL) telah mendapati sekolah yang Berjaya mempunyai ciri-ciri seiring dengan ‘learning organisation’ seperti yang diperkenalkan oleh Senge (1990). Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai ‘Professional Learning Communities’.

Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai Professional Learning Communities’. PLC adalah kolaborasi antara guru, pemimpin, ibu bapa dan murid, bekerjasama dan secara berterusan untuk mencari kaedah pengajaran terbaik, untuk meningkatkan prestasi murid. Sekolah yang mempunyai PLC memberi fokus kepada apa yang murid belajar bukannya apa yang guru mengajar (DuFour, 2004).

PLC adalah sekumpulan guru 6-12 orang yang sentiasa berhubung dan mengadakan perbincangan tentang pengajaran mereka. Kumpulan PLC berjumpa secara kerap, mengadakan dialog tentang pembelajaran murid mengikut protokol dengan penerimaan kritikan adalah bukan peribadi tetapi untuk meningkatkan pencapaian murid (Yendol, D. 2010).

Pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional menyediakan perkakasan kepada guru untuk membentuk wawasan kaedah pengajaran mereka melalui maklum balas pelajar dan rakan guru. Apabila guru memberikan fokus kepada waktu instruksional yang berkualiti, kaedah bertanya yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang baik dan berbincang kesukaran pelajar menerima apa yang diajar bersama rakan, satu bentuk kaedah pengajaran yang berkesan akan dapat dihasilkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid. Peralihan fokus ini membawa kepada situasi di mana guru-guru sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan murid dapat menerima pelajaran yang disampaikan.

Penghayatan slogan atau misi seperti ‘pembelajaran untuk semua’ menjadikan semua guru atau warga sekolah berusaha memastikan  pembelajaran diterima oleh semua murid. Sekiranya ada murid yang ketinggalan, guru akan berusaha membantu memberikan bimbingan dan kelas tambahan sehingga murid berkenaan menguasai pembelajaran yang diharapkan.

Perkara kedua dalam PLC ialah budaya kolaborasi yang kukuh dalam kalangan guru-guru. Secara tradisionalnya, guru-guru bekerja secara solo atau bersendirian. Guru merancang rancangan pengajaran, membina alat bantu mengajar dan membuat soalan secara bersendirian. Keadaan ini tidak wujud dalam sekolah yang mengamalkan PLC.

Guru yang membudayakan PLC akan bekerjasama dalam merancang pengajaran, membina modul pengajaran dan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan pembelajaran berlaku. Selain itu, mengajar bukan lagi secara bersendirian, rakan guru secara sukarela membantu atau mengikuti pengajaran guru. Kelas terbuka kepada rakan guru untuk membantu dan memantau pengajaran. Perbincangan dan kritikan secara terbuka sentiasa berlaku dan hasilnya satu kaedah pengajaran terbaik tercipta.

Mengutamakan pembelajaran dan kejelekitan sesama guru menyebabkan tiada guru menerima kritikan secara peribadi.

3 Perkara utama dalam PLC
  • Fokus kepada pembelajaran 
  • Fokus kepada keputusan  
  • Kolaborasi

Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid Warga sekolah yang digelar PLC memberi fokus kepada pencapaian. Bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian murid menjadi perkara rutin kepada semua warga di sekolah.

Pencapaian murid bukan lagi tanggungjawab seorang guru tetapi menjadi tanggungjawab semua. Dalam konteks ini, data  pencapaian murid menjadi bahan utama perbincangan dan guru-guru lain sentiasa bersedia membantu dalam pencambahan idea, bahan-bahan dan kaedah pengajaran serta juga memberi bimbingan kepada murid yang rendah pencapaian. Hasilnya pencapaian murid meningkat dan bilangan murid yang ketinggalan semakin berkurangan hari demi hari. Selain itu, ‘stress’ dalam kalangan guru-guru berkurangan ataupun mungkin tidak wujud kerana bebanan telah dikongsi bersama rakan guru lain.

Perkongsian nilai dan visi – sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua warga dalam membina visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam membuat keputusan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Perkongsian kepimpinan – kepimpinan dan keputusan dibuat bersama dengan warga sekolah. Pengetua sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang mereka bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat perubahan dan keputusan tetapi di bawah batasan dan kuasa yang dimiliki.

Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada keputusan dan tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan Perkongsian kreativiti – setiap warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada penemuan baru yang dikongsi bersama.

Perkongsian amalan terbaik – PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi, hormat  menghormati serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran guru terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat dan dikongsi bersama. 

CIRI-CIRI PLC
  • Perkongsian Nilai dan Visi 
  • Perkongsian Kepimpinan 
  • Perkongsian Amalan 
  • Perkongsian Kreativi 

Struktur yang menyokong PLC 

Struktur yang menyokong – struktur yang menyokong dilihat daripada sokongan daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur bangunan, masa, struktur komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa. Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang besar menyukarkan guru-guru berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi untuk pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk pembentukan PLC.

Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah menerima kritikan, memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih suka kepada pengajaran secara solo menyukarkan pelaksanaan PLC.

 APAKAH STRATEGI UNTUK MEMBENTUK PLC DI SEKOLAH? 

Di bawah digariskan beberapa strategi secara ringkas untuk membentuk PLC di sekolah. 
  1. Perjumpaan bulanan untuk membincangkan artikel dan ilmu baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
  2. ‘Book Clubs’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan dan perkongsian mengenai buku atau artikel yang dibaca, dicadangkan secara bulanan.
  3. ‘Study Group’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan tentang sesuatu topik dengan mengabungkan pelbagai latar belakang dan jurusan akademik guru.
  4. ‘Video critiques of teaching moments’ – melihat dan menganalisa teknik pengajaran guru yang telah divideokan.
  5. ‘Learning walks’ – berjalan disepanjang kelas dengan tujuan memerhati guru mengajar dan diikuti dengan perbincangan kekuatan dan kelemahan pengajaran.
  6. ‘Peer coaching/ instructional coaches’ – membimbing guru setelah menyaksikan pengajaran yang berlaku di dalam kelas
  7. ‘Lesson study’ – sekumpulan guru bersama-sama membina rancangan mengajar, seorang guru mengajar manakala guru-guru lain memerhati. Akhir pengajaran, guru-guru tersebut berbincang dan membuat penambahbaikan kepada rancangan mengajar atau modul pengajaran.
  8. ‘Data analysis’ – guru secara berkumpulan berbincang pencapaian murid dan membantu mencari penyelesaian dan bersama-sama membimbing murid yang masih belum menguasai sesuatu pembelajaran.
  9. ‘New teacher induction/mentoring’ – guru pakar dan guru senior membimbing dan memberi sokongan kepada guru baru.
  10. ‘Vision activity’ – sekumpulan guru membina matlamat dan pelunjuran pencapaian murid dan merancang aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut.

RUMUSAN 


Pelancaran Akta ‘No child Left Behind’ pada tahun 2001 oleh Amerika Syarikat telah mengalakkan model PLC dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara Barat. PLC dikatakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan hasrat pendidikan untuk semua tercapai. Di Malaysia, PLC telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru melalui pendekatan ‘lesson study’ kepada 289 buah sekolah pada tahun 2011. Gerakan ini telah disokong oleh Institut Aminuddin Baki yang telah memberikan pendedahan kepada pemimpin sekolah untuk membangunkan PLC di sekolah. Pada tahun 2013 pula, PLC telah disarankan dalam usaha melindungi masa instruksional dan menjadi satu kaedah utama pembangunan profesional guru. Oleh itu adalah langkah bijak sekiranya kita sama-sama memahami konsep PLC dan menjadi pengerak PLC di sekolah.

05 November 2014

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Era dan tranformasi pendidikan alaf ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru dan pelajar akan sama-sama memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Peranan guru bukan lagi sebagai dewa tapi sebagai fasilitator aktif bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ialah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan satu kemestian. Guru perlu mengajar mengikut zamannya begitu juga pelajar perlu belajar mengikut zamannya.Guru perlu kreatif dan inovatif. Guru juga perlu menggunakan kaedah pengintegrasian dan berbantukan computer dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara ini dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih aktif dan berlakunya interaksi dua hala di antara guru dan pelajar.

Mengikut kata Alvin Toffler, pada alaf ke-21, orang yang buta huruf bukanlah mereka yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi mereka yang tidak boleh belajar, tidak belajar dan tidak kembali belajar. Pelbagai persoalan diketenngahkan untuk menghadapi pembelajaran alaf ke-21. Soalan pertama yang diutarakan ialah apakah kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar untuk menjadikan mereka celik pada alaf ke-21 ini?

Pada alaf ke-21, tiga perkara penting yang perlu dipelajari oleh seseorang pelajar ialah: (1) ‘competition’ iaitu persaingan, (2) ‘cooperation’ dan (3) ‘collaboration’ iatu kerjasama. Guru perlu peka dengan keadaan pelajar. Guru perlu tahu dengan siapa pelajar ini akan bersaing dan bekerjasam dan cara untuk membantu pelajar supaya tidak ketinggalan pada alaf ke-21 ini. Guru perlu sedar bahawa pelajar ini perlu diperkenalkan kepada rakan global mereka.

Langkah pertama yang perlu dilaksanakan untuk pembelajaran alaf ke-21 ialah melakukan transformasi bilik darjah. Guru perlu mewujudkan ruang pembelajaran yang kreatif. Susunan meja di dalam bilik darjah perlu diubah dan keadaan billik darjah mestilah cantik, menarik dan kondusif. Guru juga perlu menggalakkan pelajar bercakap, memberikan idea, membina pengetahuan, mereka cipta dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan dan membuat keputusan.

Langkah kedua ialah guru perlu menerapkan budaya persaingan dan bekerjasama di dalam kelas. Guru perlu sentiasa menggalakkan pelajar bersaing secara positif sesame mereka dan bekerjasama antara satu sama lain. Semangat berpasukan seharusnya menjadi komponen utama dalam kurikulum setiap orang guru kerana pembelajaran hanya akan bermula apabila pelajar merasa selamat dengan orang-orang yang berada di ruang pembelajaran yang sama. Guru perlu melatih mereka untuk sentiasa bekerjasama dan bersepakat kerana pembelajaran bersifat sosial. Menurut John Holt, musuh utama dalam pembelajaran ialah guru yang bercakap.

Langkah ketiga ialah memperkenalkan pelajar dengan rakan global mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama sesame mereka. Guru perlu mendedahkan mereka dengan cara mencari dan berhubung dengan pelajar-pelajar di seluruh dunia. Guru boleh menggunakan laman sesawang yang ada seperti The Global Schoolhouse, Friendship through Education dan ePaLs. Pada peringkat permulaan, galakkan mereka berhubung secara personal, kemudian guru bolehlah merancang untuk mereka bekerjasama dalam projek kelas. Ini akan membuka ruang untuk mereka bersaing di peringkat global dalam pasaran kerja. Antara alat yang boleh menghubungkan pelajar dan menjadikan pembelajaran kolaboratif dan hebat ialah (1) facebook, (2) Google, (3) Blogger, (4) Wikispaces dan (5) Skype.

Kesimpulannya, untuk pembelajaran alaf ke-21, guru dan pelajar harus berpengetahuan, bersedia dan bersemangat. Perubahan demi perubahan perlu dilakukan sama ada dalam diri dan keadaan sekeliling. Ruang pembelajaran yang kreatif mampu mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Begitu juga dengan semangat bekerjasama dan berpasukan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan seterusnya pendedahan terhadap rakan global dan peluang untuk berhubung dan bekerjasama dengan mereka adalah merupakan langkah penting untuk menjayakan pembelajaran alaf ke-21.

03 November 2014

DOA KAMI UNTUK CALON-CALON SPM 2014



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mohon doakan kejayaan cemerlang untuk calon-calon peperiksaan SPM yang akan menduduki peperiksaan SPM 2014.

Ya Allah, kami menadah tangan memohon keampunan kepada-Mu. Ya Allah, ampunkan dosa kami, ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, ampunkan dosa guru-guru kami, ampunkan dosa anak-anak kami juga anak-anak murid kami, jiran-jiran tetangga kami dan semua kaun muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar,  kami memohon kepada-Mu... Engkau kuatkan daya ingatan anak-anak kami, anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Permudahkan anak-anak kami ini untuk menjawab segala bentuk soalan yang diberi. Berikanlah ketenangan untuk anak-anak kami semasa menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan itu. 

Ya Allah Ya Fattah Ya 'Alim, Engkau salurkan idea-idea yang bernas kepada anak-anak kami tanpa ada sekatan dan halangan.

Ya Allah Ya Hannan Ya Mannan, kami amat mengharapkan anak-anak dan pelajar-pelajar kami cemerlang dalam keputusan SPM nanti.

Ya Allah Ya Musabbibal Asbaabis Sabun, hanya kepada-Mu sebaik-baik tempat kami panjatkan permohonan dan pertolongan. Oleh itu kami memohon kapada-Mu Ya Allah... Kabulkan doa-doa kami ini Ya Allah Ya Samiu'du-duaa. Birahmatika Ya Arhamarraahimeen...

Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin...