Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan
sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir
dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan
berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan
terhadap perkara yang telah mereka pelajari.
Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas. PLC dan konsep Distributed Leadership mempunyai persamaan dari segi konsep jaringan perkongsian maklumat dan ilmu dikalangan guru-guru, guru-guru pakar subjek, pemimpin serta seluruh warga sekolah.
Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan.
Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.

Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah
berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar. Sebagai pendidik
mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran
secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan
pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.
Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar.
Terdapat banyak ciri-ciri teras PLC, termasuk kerja pasukan kolektif di mana kepimpinan dan tanggungjawab untuk pembelajaran pelajar secara meluas dikongsi, memberi tumpuan kepada kajian reflektif, penekanan kepada meningkatkan pembelajaran pelajar, berkongsi nilai-nilai dan norma-norma, dan pembangunan amalan biasa dan maklum balas.

Berikut adalah ciri-ciri utama :
- Berkongsi wawasan dan nilai-nilai yang membawa kepada komitmen kolektif kakitangan sekolah, yang dinyatakan dalam amalan sehari-hari
- Sentiasa mencari penyelesaian secara aktif, keterbukaan kepada idea-idea baru
- Kerja berpasukan- sentiasa bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama
- Menggalakan cuba-jaya sebagai satu peluang untuk belajar
- Mempersoalkan status quo, membawa kepada usaha yang dibuat secara berterusan untuk penambahbaikan dan pembelajaran profesional
- Penambahbaikan yang berterusan berdasarkan penilaian outcome bukannya kepada niat melahirkan
- Refleksi untuk mengkaji operasi dan kesan tindakan yang diambil
Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
- Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar.
- Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan banyak masalah.
- Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak membantu dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah.
- Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain dan ditambah dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk lama.
- Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun kesannya hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama.
- Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah sekolah menjadi lebih baik?
- Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat sedangkan sesebuah organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama untuk memahami kehendak-kehendak reformasi dan bertindak balas.
- Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'.
- Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building) dalam institusi pendidikan.
- Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu pendekatan konsep pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan.
- Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan.
- Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang berkesan.
- Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri.
- Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar terhadap bidang pengajaran mereka.
- Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar ,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari.
- Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka.
- Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas.
- Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya.
- Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan.
- Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.
- Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar.
- Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.
- Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama.
- Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah.
- Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.
- Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar.
- Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya.
- Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar.
- Di sini dicadangkan langkah-langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi sekolah.
- Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan. Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini juga dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 3 minit.
- Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit.
- Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan cadangan masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.
- Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai. Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan 10 minit.
- Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut.
Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara
berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional
merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan
sesuatu reformasi pendidikan. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada
usaha secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap
kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan
sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu
menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin
mencabar.
Sumber:
http://spunkysallymara.blogspot.com
http://zulkiflihasim.blogspot.com