Ucapan Yang DiPertua PIBG.
Hari ini Sabtu 10 April 2010 diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 SMK Telok Kerang. Pada mesyuarat tersebut di selitkan sekali Majlis Kecemerlangan Pelajar Tahun 2009. Mesyuarat bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan A dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Md. Othman Bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup.
Pengisian mesyuarat dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar:
- Pembentangan peringatan mesyuarat dan pembentangan penyata kewangan.
- Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2010-2012.
- Perbahasan usul.
- Ucapan penangguhan.
- Persembahan zapin.
- Tayangan video aktiviti sekolah.
- Ucapan dan laporan Tuan Pengetua.
- Ucapan Yang Dipertua PIBG.
- Ucapan perasmian oleh YB Dato' Md. Othman Bin Yusof.
- Penyampaian anugerah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.