Petang ini bermula pada pukul 2.30 petang, guru-guru SMK Telok Kerang menjalani kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Kursus pada petang ini mengkhusus kepada kaedah berkesan pengajaran dan pembelajaran berasaskan Elemen 9 SKPM.
Penceramah: Haji Mohd Zakaria B Yusof
Ketua Nazir Negeri Johor
Jermaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor
Inti pati ceramah Haji Mohd Zakaria B Yusof
- Bersyukur kerana dalam sibuk dapat menjalan tugas. Jika tak sibuk bermakna seseorang itu tidak dihargai oleh orang lain.
- Apa yang berlaku dalam bilik darjah adalah pertempuran untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
- Guru mesti terbaik dalam memperkembangkan ilmu, berkomitmen dan beremosi stabil.
- Pembangunan guru - memastikan guru mengajar dengan berkesan.
- Tujuan mengajar - menjadikan murid belajar.
- Guru mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
- Guru mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Harian
- Set induksi
- Penyampaian/perkembangan pelajaran
- Teknik penyoalan guru
- Penglibatan murid
- Peneguhan
- Latihan dan tugasan
- Pemeriksaan latihan dan tugasan murid
- Penutupan
- Hasil kerja murid
- Pengurusan kelas
- Perwatakan guru