Hari ini pada 7.30 pagi diadakan perhimpunan Sambutan Bulan Bahasa di Dataran Nilam. Perhimpunan dirasmikan oleh GPK1 Pn. Hjh. Arbaenah Bt Masud. Aktiviti yang dijalankan ialah puisi, pidato dan bercerita.
Di antara objektif perhimpunan ini ialah:
- Perhimpunan ini bertujuan menggalakkan semua sektor kerajaan mahupun swasta menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas.
- Memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini.
- Memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara setiap golongan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan.
![]() |
M Nurilazim Ahmad Baharum berpidato dengan tajuk 'Memartabatkan Bahasa Melayu'. |
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa
Marilah mari rakyat semua
Maju bangsa dan maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa
Lagu dan lirik: Dol Ramli