02 July 2011

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON: MENCANTAS SULUR YANG TIDAK DIKEHENDAKI

Pagi ini selepas larian satu murid satu sukan, dua orang murid membantu CikgU Hasan Kasmuri untuk membuat kerja-kerja mencantas pokok rockmelon. Kerja mencantas ini dilakukan pada sulur-sulur yang tidak diperlukan atau pada hujung sulur yang berbuah. Walaupun kerjanya mudah namun kita mesti pakai baju berlengan panjang sebab daun roclomelon yang berbulu akan meninggalkan kesan gatal apabila terkena kulit badan kita.

Tujuan mencantas sulur ini adalah bagi mengelakkan persaingan mendapat baja untuk pembesaran buah selain memperkemas pokok rockmelon daripada dipenuhi dengan sulur-sulur yang berserabut. Pastikan gunting yang digunakan dicelup dengan racun kulat terlebih dulu bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Daun-daun yang dah dicantas dibuang jauh-jauh. Barulah nampak kemas pokok-pokok rockmelon itu...




SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :