Hari ini ahli-ahli Persatuan Landskap gembira kerana dah tiba masanya diorang menuai buah-buah rockmelon yang mereka usahakan. Setelah sama-sama menanam dan menjaga serta menunggu selama 70 hari, hari ini diorang dapat menikmati buah yang diorang idamkan. Namun demikian, diorang terpaksa menunggu sehingga waktu berbuka kerana bulan ini adalah bulan puasa.
Buah-buah yang dituai pada peringkat pertama ini beratnya di antara 1.3 kg hingga 2.5 kg. Ada sedikit yang di bawah 1.2 kg. Setelah ditimbang, buah gred A (lebih daripada 1.5 kg) sebanyak 35 peratus dan buah yang gred B sebanyak 65 peratus. Ada banyak lagi buah yang belum dituai kerana belum cukup matang.
Ramai guru-guru sekolah ini yang membeli buah-buah tersebut. Kebanyakan guru-guru memilih buah bersaiz gred A. Ahli-ahli Persatuan Landskap mendapat peruntukan percuma seorang dua biji, (penghargaan penat-lelah diorang membantu menjayakan projek ini). Buah-buah yang lebih kami jual kepada pemborong buah-buahan di bandar Pontian. Hasil jualan buah dapatlah sikit untung dan balik modal pembelian baja fertigasi dan biji benih. Syukur... Allah SWT beri rezeki.