Berikut adalah simptom-simptom murid yang tak nak berjaya. Anda bagaimana dan di mana?
- Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
- Tidak bermotivasi.
- Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
- Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
- Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
- Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
- Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
- Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
- Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
- Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
- Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
- Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
- Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
- Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
- Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
- Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
- Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
- Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
- Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
- Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
- Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
- Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
- Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
- Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
- Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
- Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.