Dalam pembentangan Bajet 2012 di Parlimen petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma. Ini bermakna murid-murid tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri juga menyatakan bahawa bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua murid sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan (2012).