Hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan tahun 2011. Esok bermulalah cuti panjang hujung tahun. Bagi ibubapa, bolehlah merancang pengisian cuti panjang ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak mereka.
Melancong dan menikmati alam semula jadi... |
Tazkirah dan beribadah di masjid... |
Bersukan dan beriadah......dan lain-lain. |
Manfaatkan musim cuti sekolah yang panjang ini dengan aktiviti-aktiviti seperti:
- Ibu bapa perlu membimbing anak-anak untuk memilih budaya hidup yang sihat.
- Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
- Aktiviti gotong-royong membersihkan rumah akan mendidik anak-anak tentang kebersihan. Jika perkara ini menjadi kebiasaan, akan lahir sifat pembersih di dalam diri mereka. Selain itu, aktiviti ini akan melatih mereka menjadi anak yang taat kepada setiap arahan ibu bapa.
- Bawa keluarga melancong dalam negeri dan lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara atau berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.
- Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Sekiranya anda mampu boleh hantar anak-anak menghadiri kelas badminton, renang, squash atau apa sahaja sukan yang mereka minati.Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.
- Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
- Hantar anak-anak ke kelas pengajian al quraan dan fardhu ain untuk memantapkan lagi ilmu agama mereka. Pastikan mereka tidak mengabaikan kewajiban bersolat dan tanamkan semangat cintakan Islam di dalam jiwa mereka.
- Bawalah anak-anak balik ke kampung untuk berjumpa saudara mara agar ikatan persaudaraan sentiasa utuh dan supaya hubungan kekeluargaan akan sentiasa rapat.
- Menyedarkan mereka bahawa musim cuti bukan dihabiskan untuk berehat semata-mata, bermain, tidur dan menonton televisyen sepuas-puasnya, sebaliknya musim cuti adalah masa untuk memperkayakan ilmu pengetahuan.
- Mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada tahun-tahun berikutnya.
- Ibu bapa dicadangkan mencari guru-guru yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak dengan kelas-kelas tuisyen dan aktiviti latih tubi.
- Melibatkan anak-anak dengan kelas-kelas kesedaran Islam, Fardhu Ain, Tahsin Qiraat, Smart Solat dan kelas-kelas hafazan jangka pendek.
- Masa lapang yang agak panjang pada musim cuti sekolah hendaklah diaturkan dengan program dan aktiviti yang mampu memantapkan fizikal anak-anak seperti penyertaan dalam ekspidisi mendaki bukit, berbasikal, penyertaan dalam sukan anjuran masjid, waja diri, berkebun dan lain-lain.
- Libatkan anak-anak dalam program dan aktiviti yang boleh mendorong mereka berjaya seperti Kem Motivasi, Nadwah Islam, rehlah, Kem Insan cemerlang dan lain-lain.
- Memberikan pendedahan kepada anak-anak remaja anasir-anasir yang boleh meruntuhkan Islam seperti keruntuhan akhlak, akidah dan syariat yang akhirnya membawa kerosakan kepada kehidupan.
- Ambillah peluang di musim cuti persekolahan ini untuk merapatkan hubungan silaturrahim, khususnya bagi keluarga terdekat dengan menziarahi saudara-mara sama ada yang di kampung atau di bandar apabila hubungan kekeluargaan dan saudara-mara menjadi akrab dan mantap, hidup akan menjadi ceria dan mendapat rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.
- Selain itu, gunakanlah juga peluang cuti persekolahan ini untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam semulajadi negara kita yang kaya dan indah ini. Aktiviti ini sebenarnya meningkatkan kefahaman akidah dan tauhid kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan supaya kita akan merasa betapa bersyukurnya mendapat berbagai-bagai kurniaan Allah.
- Luangkanlah sedikit masa merancang pengisian anak-anak walaupun hakikatnya bukan sahaja untuk musim cuti sekolah, bahkan setiap masa.
- Kita boleh menjadikan solat berjemaah di rumah sebagai budaya, dengan itu kita boleh melatih anak-anak lelaki menjadi imam seterusnya ia mampu melatih sifat berani dan kepimpinan di dalam diri selain dapat menghafal beberapa ayat sebagai bacaan di dalam solat.
- Budaya makan bersama juga boleh diamalkan. Dengan makan bersama, kasih sayang akan terjalin dan hubungan akan lebih erat. Ibu bapa berpeluang mengambil tahu perkembangan anak-anak ketika itu. Hasan Al-Banna sendiri tidak akan makan sehinggalah kesemua ahli keluarganya ada bersama-sama.
- Kem-kem motivasi dan kem ibadah semakin banyak diadakan sempena cuti sekolah. Memang benar yuran yang dikenakan agak mahal walaupun program tersebut hanya berjalan selama beberapa hari, namun anggaplah yuran tersebut sebagai pelaburan jangka masa panjang. Agak pelik juga apabila terdapat ibu bapa yang sanggup membayar harga yang mahal untuk membeli kereta dan perabot rumah tetapi tidak sanggup membayar untuk kebaikan anak-anak mereka.
- Ikuti program hafazan Al-Quran di masjid-masjid. Perkara ini amat positif kerana ia memupuk kecintaan kepada Al-Quran di dalam hati anak-anak. Menariknya, program ini dijalankan secara percuma dan turut dianjurkan pertandingan hafazan sebelum cuti berakhir.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu menyedari kepentingan mengisi masa lapang anak-anak di musim cuti yang panjang ini. Jika kita tidak merancang, menyusun dan mengisi aktiviti percutian mereka, secara automatik anak-anak ini akan mengisi masa mereka mengikut selera sendiri, dan dapat pengaruh kawan-kawan dan persekitaran.
Selamat bercuti.
Selamat bercuti.
1 comments:
Write commentsYou have really done a great work to share the hidden art of the great man. It is really a nice work by them. Thanks a lot for this
ReplyLexus RX300 AC Compressor