28 December 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERSARAAN HJ MOHD SHAH B SAIRAN DAN EN. AMIN B SULAIMAN

Baru sebentar tadi telah selesai majlis jamuan akhir tahun guru-guru dan staf SMKTK yang diadakan di Restotan Kemangi, Pontian. Jamuan ini bersekali dengan jamuan persaraan Cikgu Hj. Mohd Shah b Sairan dan CC En. Amin b Sulaiman yang telah pun bersara pada hujung tahun 2012.

Kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Mohd Shah b Sairan dan kepada CC En. Amin b Sulaiman.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati 

Gunung Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama tuan seorang

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Cikgu Hj. Mohd Shah b Sairan

Encik Amin b Sulaiman

Senyum...

Sedang bersantap...

Mendengar ucapan Tuan Pengetua...

Gaya kitorang...

Cepat, tengok kamera...

Gaya selepas kekenyangan...

Sapu bersih.. tak ada yang tinggal di atas meja.

Senyum selepas makan-makan...

27 December 2012

LDP: KURSUS PROGRAM I-THINK

Walaupun sesi persekolahan 2013 belum bermula, pada hari ini guru-guru sekolah ini telah menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali pertama tahun 2013. Kursus PROGRAM I-THINK. Kursus ini telah diadakan di Kamar Kencana di bawah bimbingan Cikgu Norhaslinda bt Husien.
Program i-think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar ke arah menghasilkan pelajar berinovatif. Jelasnya, i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir.
 
Apakah yang diharapkan melalui program ini?
  • Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus dan berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
  •  Aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar.
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator. 

Kenapa i-Think?
  • Dapatan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA menunjukan murid Malaysia di tahap yang rendah 
  • Murid berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka.
  • Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat 5 rendah.
  • Keputusannya…
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan program i-THINK.
  • Program i-THINK dirintis di 10 buah sekolah seluruh Malaysia (6 SR dan 4 SM).
  • Pihak AIM telah melantik perunding dari Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus kemahiran berfikir kepada guru sekolah rintis dan Jurulatih Kebangsaan.
  • Perbelanjaan rintis program i-THINK dibiayai sepenuhnya oleh AIM. 
  • Bagaimana?...
  • Memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid.
  • Semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.
  • Murid akan menggunakan dalam pembelajaran.
  • Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan.
  • Mengadakan portal bahan interaktif p&p yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir.
  • Alat berfikir… Thinking Hats Thinking Maps 8 Habits of Mind 
  • Apakah yang diharapkan dari Program i-THINK? : Prestasi meningkat, Fokus,  Berkeyakinan,  Seronok belajar dan Hubungan guru-murid rapat dan Aktif.

Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta Pemikiran. Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

Program i-Think ini mengemukakan 8 jenis peta iaitu:
  1. Peta Bulatan,
  2. Peta Buih,
  3. Peta Buih Berganda,
  4. Peta Pokok,
  5. Peta Dakap,
  6. Peta Alir,
  7. Peta Pelbagai Alir
  8. Peta Titi.








22 November 2012

HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR



DAULAT TUANKU

Merapak Sembah
Menjunjung Kasih dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada

DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN
JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

Sempena Ulang Tahun hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Pada 22 November 2012 Bersamaan 8 Muharram 1434 Hijrah

SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUANKU

19 November 2012

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2012... KENANG DAKU DALAM INGATANMU

Di sekolah ini bermulanya pertemuan ini
Di sini juga kita berpisah mengikut haluan buat mengakhiri pertemuan ini
Kehilangan amat terasa di hati
Adanya perpisahan kerana adanya pertemuan
Salahkah  antara pertemuan dan perpisahan?
Kerana perpisahan dan pertemuan adalah lumrah kehidupan

Apabila kita menatap wajah orang yang dikasihi, rasanya kita ingin sentiasa bersamanya Kita tidak mahu berpisah walaupun sekelip mata kerana rasa rindu yang bergetar di dalam jiwa, bahangnya amat menyakitkan. 
Kita mahu melalui setiap detik dan keadaan bersama
Kalau boleh kita sisihkan kata perpisahan jauh-jauh dari kamus kehidupan

Kita sentiasa mahukan sebuah pertemuan
Seringkali kita gembira mengecapi manisnya pertemuan
Saat kita bertemu, kita tidak pernah tahu bilakah masanya kita akan berpisah

Semua itu tidak pernah kita fikirkan. 
Ia pasti akan berlaku. 
Merelakan sebuah perpisahan amat menyakitkan, sesuatu yang amat pahit untuk dikenang.

Seandainya kita ditaqdirkan untuk berpisah, maka jadikanlah ia sesuatu yang manis untuk diingati

Usahlah meratapinya sehingga merencat perjalanan hidup, kerana hidup harus diteruskan
Marilah meyakini bahawa disebalik perpisahan itu ada hikmah kebaikan

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti
Yang datang itu tidak sama dengan yang pergi
Namun, percayalah yang datang itu pasti ada kebaikan yang tersendiri. 
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan Maha Mengetahui
Ya... Allah yang menemukan dan Allah yang memisahkan
Ayuh kita merelakan perpisahan ini...


TINGKATAN 5 SAINS/AKAUN




TINGKATAN 5 TEKNOLOGI




TINGKATAN 5 KEMANUSIAAN




TINGKATAN 5 KATERING




TINGKATAN 5 LANDSKAP

16 November 2012

CANTIKNYA SEKOLAH KAMI...

Cantik berseri, ayu nan menawan. Itulah tanggapan kitorang apabila sebahagian bangunan SMKTK iaitu Blok A, Blok D dan Blok E dicat baru. Tak kiralah apa jua warna yang dipilih, bangunan yang dulunya kelihatan lusuh tak bermaya, kini segar bugar apabila dicat baru. Barulah seronok menatap wajahmu sekolahku...







03 November 2012

LIPUTAN BERITA OLEH AKHBAR SINAR HARIAN MENGENAI MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 SMK TELOK KERANG 2012

Ahli Jawatankuasa program Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Telok Kerang Ke-2 2012 telah menjemput wartawan daripada beberapa akhbar untuk membuat liputan berita mengenainya. Terima kasih kami ucapkan kepada akhbar Sinar Harian yang telah memberi liputan berita dalam akhbarnya mengenai majlis tersebut. Berita tersebut keluar pada hari Sabtu 3 November 2012. Daripada feedback yang diterima, ramai penduduk di sekitar SMK Telok Kerang yang membeli Sinar Harian pada hari Sabtu.

 
Liputan berita di Sinar Harian.

 
Wartawan Sinar Harian sedang mewawancara Mohd. Fazrani b Hudzuri (penerima anugerah khas
cemerlang kokurikulum) dan Tang Su Hwee (penerima anugerah khas cemerlang akademik).

02 November 2012

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 SMK TELOK KERANG KE-2 2012

Pagi ini bertempat di Dewan A telah berlangsung Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2012. Majlis ini diadakan sebagai merai dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman alam persekolahan di SMK Telok Kerang. Setelah mengharungi alam persekolahan selama lima tahun keberadaan mereka di sekolah ini, inilah masa dan ketikanya mereka berkumpul bersama buat kali terakhir sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada hari Isnin 5 November 2012.

Syabas kami ucapkan kepada anda semua pelajar yang tetap bertahan untuk melakukan yang terbaik bagi diri sendiri di sepanjang menghadapi pembelajaran di sekolah ini. Tujuan utamanya tak lain dan tak bukan adalah untuk melengkapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan di samping mempunyai nilai-nilai hidup yang terpuji sebagai rakyat Malaysia.

Majlis yang penuh gemilang itu telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat  En. Hamid b Selamat, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Turut serta menghadiri majlis itu ialah para ibu bapa graduan yang diraikan. Di sepanjang majlis berjalan ia diiringi oleh muzik tradisional gamelan yang dimainkan oleh kumpulan gamelan sekolah.

Aturcara Majlis:
8.00 pagi : Pendaftaran kehadiran graduan dan ibu bapa
8.30 pagi : Ibu bapa mengambil tempat
8.40 pagi : Perarakan masuk graduan
8.50 pagi : Perarakan masuk guru-guru kanan dan guru-guru
9.00 pagi :
  • Perarakan masuk Tetamu Kehormat En. Hamid b Selamat, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian diiringi oleh Tuan Pengetua dan Guru Penolong Kanan 1.
  • Nyanyian lagu Negaraku
  • Bacaan Doa
  • Ucapan pengisytiharan majlis graduasi oleh En. Abdul Hamid b Abu Bakar, Pengetua SMK Telok Kerang.
  • Ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat En. Hamid b Selamat, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. 
  • Penyampaian sijil kepada graduan
  • Penganugerahan anugerah khas akademik dan kokurikulum
  • Ucapan pengisytiharan penutupan majlis graduasi oleh En. Abdul Hamid b Abu Bakar, Pengetua SMK Telok Kerang
  • Penyampaian cenderahati
  • Nyanyian lagu sekolah Berusaha Berbakti
  • Perarakan keluar dewan 
  • Majlis Bersurai

Kami mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang diraikan atas penerimaan sijil graduasi dan ketertiban dan kerjasama semasa majlis berlangsung. Suasana begitu harmoni sekali. Kami juga mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah khas kecemerlangan dalam majlis itu.

1. Penerima Anugerah Khas Cemerlang Akademik:
  • Tang Su Hwee (Tingkatan 5 Sains/Akaun)
  • Nur Farah Ain bt Sa'yon (Tingkatan 5 Teknologi)
2. Penerima Anugerah Khas Cemerlang Ko-Kurikukulum:
  • Mohd Fadzrani b Hudzuri (Tingkatan 5 Landskap)

  





















TITIPAN KASIH
Oleh Tn. Hj. Msduki b Hj. Shahri,
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena Majlis Graduasi Tingkatan 5 2012 di SMK Telok Kerang buat kali keduanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah ini kerana telah berjaya mengadakan majlis ini bagi meraikan kecemerlangan para pelajar tingkatan 5 tahun ini di dalam majlis yang berbahagia ini.

Majlis yang penuh bermakna ini merupakan pentas pengiktirafan kepada pelajar yang telah memperoleh kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya kejayaan awal yang dicapai menjadi landasan untuk meneroka kejayaan yang lebih gemilang. Diharapkan juga kejayaan yang ditempa menjadi pembakar semangat pelajar yang bakal menempuh peperiksaan agar berusaha dengan lebih gigih lagi.

Lakaran sejarah gemilang yang diperoleh para pelajar, disebaliknya tersingkap profesionalisme yang diamalkan dalam kalangan pentadbir dan disokong dengan kredibiliti guru yang tidak mengenal erti jemu serta pemuafakatan padu warganya merupakan kunci kejayaan kepada SMKTK untuk terus unggul dalam meneruskan tradisi kegemilangannya. Semoga SMKTK berupaya menjadi ikon kepada sekolah-sekolah setempat dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

Akhir kata, saya berharap agar Majlis Graduasi Tingkatan 5 kali ini berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diharapkan.

SELAMAT MAJU JAYA



















BICARA AYAHANDA
Oleh En. Abdul Hamid b Abu Bakar,
Pengetua SMK Telok Kerang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya SMK Telok Kerang berjaya mengadakan Majlis Graduasi Tingkatan 5 buat kali kedua pada tahun ini.

Hasrat 'Ke arah Melestarikan SMKTK Terbilang Menjelang 2020' memerlukan warganya siap siaga ke arah kebitataraannya dan sentiasa terbilang dalam semua aspek. Sekolah merupakan wahana terpenting dalam mengasuh intelek muda dengan sifat-sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Oleh itu kemenjadian mereka yang dilengkapi dengan nilai-nilai terpuji akan melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama seiring hasrat negara untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang kental dan global.

Kecemerlangan dalam pencapaian akademik amat penting dalam menjamin misi dan visi negara terlaksana. Namun begitu, kemantapan peribadi dan ketrampilan diri perlu diutamakan untuk melahirkan generasi pewaris yang berkualiti dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, usaha untuk mencapai kecemerlangan mestilah disulami dengan penerapan sahsiah dan budi bahasa yang mulia berteraskan agama dan nilai-nilai murni dalam segala aspek kehidupan.

Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah sempena majlis ini. Semoga dengan anugerah yang diterima dijadikan perangsang untuk terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan dan sentiasa meletakkan SMKTK TOP 5 di setiap peringkat.

SELAMAT MAJU JAYA

 



















Kami bersyukur atas kelancaran perjalanan majlis. Di sini kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi, tahun hadapan berjumpa lagi... SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PARA GRADUAN TINGKATAN 5 SMK TELOK KERANG TAHUN 2012.