Guru perlu fokus apabila membuat perancangan pengajaran berkesan. Guru perlu ada beberapa kompetensi dalam menyampaikan pengajarannya. Ianya dapat melahirkan pengajaran yang berkualiti sekali gus membolehkan proses pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Fokus bagi menghasilkan perancangan pengajaran berkesan dalam usaha mempertingkatkan pembelajaran pelajar adalah:
- Memberi perhatian kepada perbezaan individu pelajar.
- Berpusatkan keperluan dan minat pelajar.
- Mewujudkan suasana mesra dan kecindan.
- Memahami waktu yang produktif.
- Memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran.
- Mencabar pelajar supaya mahu belajar.
- Mengembangkan pembelajaran.
- Mempelbagaikan kaedah mengajar.