23 October 2012

GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR SMK PASIR GUDANG MELAWAT PROJEK FERTIGASI SMKTK

Hari ini SMKTK menerima kunjungan guru-guru dan pelajar-pelajar daripada SMK Pasir Gudang. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Masduki b Yatini tiba pada pukul 10.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh Tuan Pengetua En. Abdul Hamid b Abu Bakar, Cikgu Abd Hadi b Ambok Ingtang, GKMP Teknik dan Vokasional dan Cikgu Hasan b Kasmuri, pengurus projek fertigasi sekolah. Rombongan pelajar-pelajar ini adalah pelajar-pelajar tingkatan 3 yang mengikuti program selepas PMR. Matlamat utama adalah untuk melawat projek fertigasi yang diusahakan sekolah ini.

Selepas majlis ringkas mengalukan ketibaan oleh Tuan Pengetua, rombongan ini dibawa bersarapan pagi di Kerang Cafe di Bilik Katering. Selepas itu mereka diberi taklimat mengenai projek fertigasi sekolah oleh pengurus projek, Cikgu Hasan b Kasmuri di Kamar Kencana. Seterusnya mereka dibawa melawat Galeri Sejarah sekolah. Destinasi seterusnya ialah di tapak projek fertigasi. Di sini Cikgu Hasan b Kasmuri memberi penerangan dan tunjuk cara mengenai sistem fertigasi. Acara seterusnya ialah pelajar-pelajar peserta rombongan ini menuai dan membungkus sayur-sayuran yang ditanam seperti kangkung dan bayam untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Seterusnya mereka dibawa melawat ke projek fertigasi mini yang diusahakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar pendidikan khas di sebelah bangunan pendidikan khas.

Majlis berakhir dengan ucapan terima kasih dan selamat jalan oleh GPK 1, Pn. Hjh. Arbaenah bt Masud. Sebelum pelajar-pelajar ini menaiki bas, ketua rombongan iaitu Cikgu Masduki b Yatini mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warga SMKTK. Terima kasih daun keladi, lain kali bertemu lagi...




















SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :