17 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM & KOKURIKULUM

Pada tahun ini Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 dijalankan bersekali dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum serta Pelancaran Alumni SMK Telok Kerang. Semua acara tersebut dijalankan pada pagi Sabtu 16 Mac 2013 di Dewan A bermula jam 8.00 pagi. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berbahagia Prof. Dr. Hj. Awang b Hj. Sariyan dengan sukacitanya menyempurnakan ketiga-ketiga acara tersebut. Dalam ucapannya perasmian, Prof. Dr. Hj. Awang b Hj. Sariyan yang juga bekas pelajar sekolah ini banyak mengimbau kenangan beliau semasa bersekolah di sekolah ini. Seterusnya beliau akan berusaha menyampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai beberapa permohonan untuk meningkatkan fasiliti di sekolah ini.  Dalam acara tersebut, Prof. Dr. Hj. Awang b Hj. Sariyan berkenan menyampaikan sumbangan peribadi dan juga buku-buku.  Kami warga SMKTK mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Hj. Awang b Hj. Sariyan.






SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :